Monday 20 May 2013

Saya Suka Sangat, Sangat ‘Awak Suka Saya Tak?'




Honestly, 1st time terpandang tajuk novel ni rasa title ini agak keanak2an. Macam budak sekolah tadika or rendah tanya ‘Awak suka saya tak?’ dekat orang yang diminatinya. Tapi bila baca sinopsis buku ni kat goodreads, rasa tertarik pula. Lepas tu cari kat laman web penulisan2u, mana tahu penulis ada upload bab2 awal novel ni. Ada! Sampai bab 45 pulak tu! Terus baca dan sangat2 tertarik nak tahu sambungannya. Apa lagi, terus buka laman web karyaseni & order novel. Yang bestnya semua novel2 di karyaseni diskaun RM3 & free kos pos (sempat lagi promote tuh..hehe).

Saya suka sangat novel ni sampai nak buat entri kat blog. Novel ni mengenai kasih sayang insan-Pencipta dan sesama insan. Muhammad Hilman Yong, seorang Chinese Muslim yang mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan. Intan ni gadis Melayu tipikal cuma terlalu outspoken, ego, degil , kurang sabar dan terburu2 dalam memutuskan sesuatu.

Novel ni mengisahkan cinta antara mereka & bagaimana Hilman mendidik Intan supaya meletakkan cinta kepada Allah sebagai yang utama, menjadi muslimah sejati, lebih tenang, tabah & sabar. Tertarik dengan pendekatan Hilman menasihatkan Intan secara lemah lembut dan kasih sayang.  Tersentuh hati dgn keluhuran & ketulusan cinta mereka.  Cinta yg lahir & bersatu kerana kecintaan mereka kpd ALLAH.

‘Cinta bagi saya…saya mencintai seseorang kalau ia boleh menghampirkan saya kepada Allah. Cinta itu terlalu suci bagi saya. Cinta ialah memelihara dan menjaga kesucian wanita yang saya suka. Saya tidak akan menyentuhnya selagi dia belum sah menjadi isteri saya. Cinta saya ialah membelai dan menyayanginya sepenuh hati. Saya tidak akan menyakitinya, apa lagi melukakan hatinya. Saya akan menjaga dan melindunginya. Saya mahu menjadi pendengarnya yg setia. Saya mahu memandangnya dengan penuh kasih sayang. Dia hanya untuk saya dan saya untuk dia.

Saya mahu bercinta dengan Intan dengan cara beradab, bermaruah dan terpelihara. Kalau cintakan seseorang pasti awak akan jaga maruah dan kesucian dirinya. Awak takkan menyentuh apa lagi merosakkanya. Saya mahu tanya intan sesuatu. Will you marry me?’ – Hilman

Walaupun penulis novel ini, Melur Jelita kata pembaca tak akan jumpa ayat-ayat romantic dalam novel ni, tapi bagi saya kata2 yg penuh kasih sayang tu la yang romantic!

Yang menariknya novel ini juga menyedarkan saya cabaran yang perlu dihadapi saudara baru a.k.a muallaf selepas mereka memeluk Islam. Ada yang dibuang keluarga, ada yang difitnah, dilabel, diejek, dihina dan diungkit masa silam mereka. Padahal mereka dah meninggalkan segala yang dilarang & cara hidup yg lampau. Apabila berhadapan dengan muallaf, orang kita seringkali terus melabel ‘Ni mesti convert sebab nak kahwin dengan orang Islam. Hanya Islam pada nama je la. Nanti esok2 mesti buat balik dosa, takpun teruskan dengan pegangan lama’. Mungkin jarang sekali terlintas di fikiran, ‘Alhamdulillah, Allah telah menyusupkan HidayahNya di hatinya. Semoga dia terus mendalami Islam & kekal beriman dengan Tuhan yang satu’. Betul2 menginsafkan saya.

Sebenarnya banyak lagi saya nak tulis tapi macam dah panjang sangat entri kali ni. So, memang tak rugi beli buku ni. Walaupun tebal, tapi tak membosankan. Malah akan rasa excited nak habiskan pembacaan. Memang highly recommended! Lepas ni saya nak baca karya Melur Jelita yang lain I Love You,Stupid! & My Precious Iris. Baru beli kedua2nya semalam, tak sabar nak baca!

Before tu, jom layan video Awak Suka Saya Tak (ASST) hasil garapan peminat buku ini…