Monday 8 September 2014

Review Buku : The Unsung Hero (HERO) by Melur Jelita

Salam,

Novel ke-4 kak Melur Jelita ni memang ditunggu2. Saya suka novel2 beliau kerana ianya ditulis dari hati. Gaya bahasanya biasa2 aje, kadang2 perkataan berulang2 tapi niatnya untuk mendidik melalui novel sangat2 patut dipuji. Novel2nya selalu bersama pengisian ilmu, mebuatkan kita tak merasa sia2 menghabiskan masa membaca novel yang selalu dianggap bahan picisan.

Saya ada review novel 1st kak MJ, Awak Suka Saya Tak (ASST) & novel ke-2 & ke-3 I Love You, Stupid & My Precious Iris (MyPI). Sila klik tajuk novel untuk baca my review.

Saya beli HERO direct from Kak MJ, so dapat le tandatangan dia :D

THE UNSUNG HERO 



Tun Maryam Keumalahayani a.k.a Maryam a.k.a blackswan

Mempunyai nama yg cukup klasik, seklasik peribadinya. Dia gadis yg bijak, santun bicara & tinggi budi perkertinya. Hidupnya dikongkong oleh bak (ayah) & bunda (mak sedara)nya membuatkan tutur katanya, tingkah laku & pergaulannya terbatas. Dalam diam, jiwa remajanya memberontak inginkan kebebasan, mahu keluar dari kepompong yg dicipta bak & bunda.

Pada usia 15 tahun, dia jatuh hati pada sepupunya, abang One. Maryam berjanji akan menunggu abg One nya itu tatkala si jejaka kembali pergi menyambung pelajaran & mengubat hati. Tapi disebabkan satu peristiwa, perasaan kasih dan memorinya terhadap si deraman hilang sekelip mata.

Setelah 5 tahun, muncul Riyaz. Disebabkan hidupnya sentiasa dikawal ketat, dia senang terpikat bila Riyaz menjanjikan kebebasan hidup & peluang untuk terus menuntut ilmu.

Nur Muhammad Irvan a.k.a Abang One a.k.a deraman

Seorang yg sgt nakal, berjiwa bebas, bijak & berpendirian. Suka menjelajah & melakukan aktiviti sukan lasak. Nasihat yg diberi didengar teliti, buat atau tak buat dia yang tentukan. Dia sukakan sepupunya, Maryam.  Tapi disebabkan satu tragedi menimpa keluarga membuatkan dia nekad membawa diri dan memperbaiki dirinya. Setelah 5 tahun, dia kembali ingin menyunting si dara.tapi langkah sedihnya bila die mendapati hati blackswannya itu telah dimiliki. Akur permintaan si gadis, dia berjanji menyatukan Maryam & Riyaz. Time ni rasa sedih sgt. Baru la dapt rasa camne peminat Aidan(ILUS, MYPI) rasa bila hero yg diminati x dapat bersama dengan heroin.

Inspektor Riyaz

Saya tak suka dia ni. Boleh pulak dia mengusik, phewitt2 Maryam pada awal pertemuan. Gatal mengusik anak dara orang, tak padan dengan pangkat Inspektor. Macam muda belia je (ha..amekaw!gerammmm). Dia ni macam gelojoh pun ada. Malas nak komen watak yg x disukai.Tata Riyaz.

Berbanding novel2 kak MJ sebelum ni, saya rasa HERO lebih padat pengisian ilmunya. Ada ilmu sains, agama, sejarah & tips2 kehidupan. Banyak sangat ilmu yg diterapkan, saya jadi mabuk. Hahaha…next time baca saya akan cuba lebih teliti supaya dapat hadam satu2.Ye la, kita jadi teruja nak tahu apa yang jadi pada watak2 utama, tu bila sampai segmen ilmu baca sekali lalu.Tak skip ye!


Tapi satu yg x bestnye, banyak juga perkataan bercantum dalam HERO ni..contoh cam  bakdia..perkataan sebenar bak dia. 2 perkataan. Hmmm..saya rasa mungkin juga HERO akan disambung. 

Kenapa saya kata akan ada sequel?


  • Sakinah, ibu kandung Maryam, cerita yg bersangkut paut kematiannya mengundang pelik. Mati, tapi kuburan & rumah dihanyut ombak. So tak de sekeping pn dokumen & gambar yang tertinggal & tak pula dipanggil ‘arwah' Sakinah. 



  • Minggu Pameran PDRM Maryam macam ternampak kelibat someone yg dikenali & Irvan mcm cuak. Siapakah dia? Kemungkinan besar Riyaz, coz Maryam x banyak kenalan. N cerita pasal kelibat muncul time tu je. Entah lah. 

Cukup sampai sini review saya. Ni pun dah cukup panjang. Saya tak suka tulis panjang2 macam sesetengah orang yang suka reveal jalan cerita sampai nak habis, sehingga pada hemat saya review nya patut dilabel contain spoil alert!! Saya rasa juz patut perkenalkan watak2 utama, karekter mereka & sedikit jalan cerita. N pandangan peribadi as a reader.

Ok thanks.