Monday 16 June 2014

If I Leave by Jo Sumi

Dah lama terfikir nk update pasal ni, tapi asyik x de masa nak menulis. Entri kali ni nak share pasal 1 lagu ni yg dh jd kegemaran saya. Alkisahnya, hari tu saya tengok drama korea, Heartstrings.




Kalau nak tahu barisan pelakon & sinopsisnya sila klik SINI. Pastu saya stumble upon satu scene yg sangat memorable. Dalam 15 episod drama ni, ni lah scene yg paling saya ingat & susah nk lupa.

Scene dia camni...

Ki-young (lakonan Lee Hyun-Jin) ni seorang pemuda yg ada bakat dalam teater muzikal. Tapi disebabkan satu tragedi atas pentas, dia jadi cam cuak untuk terlibat dalam mana2 pementasan. Sampailah satu masa kawan dia trick dia untuk datang kolej (padahal nak suh dia g audition 1 teater muzikal). Then apabila dia sedar dia ditipu, dia pun nak blah dari hall audition tu.

Tapi salah sorang tenaga pengajar kolej merangkap juri audition tersebut pujuk dia untuk sertai audition. Pujuk punya pujuk, tapi still x jalan. Mencabar pula. Still Ki -young degil. Akhirnya, rasa defeated, professor tu macam pasrah je Ki young nak angkat kaki dari dewan tu. 

Then masuk la peserta audition seterusnya, Lee Gyu Won (heroin cite ni, dilakonkan oleh Park Shin Hye...saya minat die ni start dari You're Beautiful) and the gang. Dia & kawan2 dia ni pemain alat muzik tradisional. Dah nama pun teater muzikal, mesti r ada band or musician kan?

Dalam masa Ki-young nak blah tu, dia cam berdebat dalam diri dia wether dia ni still trauma lagi tak akibat peristiwa dulu. or maybe dia nak buktikan dia masih ada talent untuk teater muzikal tu. So ni lah yg jadi....

Time Gyu won and the gang main their intruments, tetiba je Ki-young nyanyi. Boleh nampak dari riak muka si heroin, kawan2 n juri2 yg terkejut coz Ki-young bleh terus masuk menyanyi effortless tanpa berlatih dulu sama2.


                                                                    Ni video scene tu...

Lagu ni diberi tajuk If I leave, nyanyian asal oleh Jo Sumi. Ni video oleh penyanyi asal. Meremang juga dengar minah ni nyanyi. Lagu ni jadi OST drama The Last Empress. Saya tak tengok lagi cite ni. X terasa plak nak tengok coz macam sedih je. Kalau cam cite The Princess' Man, x nak la tengok. Sedih & tragik sangat.

By the way, saya suka sangat lagu ni kerana lyric and lagu dia sangat best. Kalau tengah sedih2 dengar lagu ni, memang tagkap leleh la.Ni video yang saya sertakan ni ada english sub skali. Till then..tata!






Thursday 5 June 2014

Review : 13 JAM A380 (Evelyn Rose)

3 tahun meminati dalam diam, takdir akhirnya menemukan Hana dengan jejaka idamannya, Haydar. Berjumpa di dalam pesawat A380, Haydar bagaikan terpesona dengan tingkah Hana yang bersahaja & periang. Bersama, mereka mencipta kenangan di awan biru. Melakar ‘bahagia’ mengikut definisi mereka sendiri. 

You're like drug to me, Hana. - Haydar

Overdose or remedy? - Hana

Awak buat saya lupa dunia realiti. You created another comfort world in my time zone...And I don't know if this is good or not for a long term. - Haydar

Apparently mereka tahu apa yang mereka buat tu salah, tapi memilih untuk terus melakukannya atas alasan ini peluang sekali seumur hidup.Tetapi hampir waktu mendarat, Hana bagaikan tersedar & berniat untuk mperbaiki diri. 

Di dalam pesawat A380 juga, Hana bertemu dengan Fido & neneknya (rasanya nama nenek Fido ni not once mentioned in diz novel..pls correct me if im wrong). Perkenalan mereka membawa kepada Fawwaz & 4 yo Emmel. Atas rasa tanggungjawab, Fawwaz menyuruh Hana tinggal berdekatan rumahnya (mansion sebenarnya) sepanjang 3 tahun Hana belajar di UK.

Di bumi UK, Hana bjumpa Linda & Helena. Mereka jadi sahabat baik. Linda & Helena mempunyai sejarah silam sebelum mereka berubah menjadi muslimah yang baik. Berada bersama keluarga kecil Fawwaz & rakan2nya, memudahkan Hana untuk memperbaiki diri. 

Fawwaz seorang lelaki kacukan Melayu-Inggeris-Arab (mula r tbayang Omar Borkan..hehehe) yang digambarkan berpegang teguh dengan ajaran agama. Hana mendekati Al-Quran, mengubah penampilan luarannya, menjaga pergaulannya & cuba me’makna’kan erti kehidupan Islam yang sebenar.


Saya plg suka musim bunga...Penuh dgn bunga...Ceria. It warms one's heart after the cold winter...
Hana means happiness in Arabic...And Hana means flowers in Japanese and....
Hana Sofea is my happiness and the flowers in my eyes and my heart... - Fawwaz


Pulang ke Malaysia setelah menamatkan pengajiannya, Hana bertemu kembali Haydar. Di sini dia diuji untuk memantapkan lagi keimanannya. Dia belajar untuk menerima takdir Ilahi, memberi kemaafan, yang kebergantungan hanya kepada Allah & hakikat ‘kebahagiaan’ sebenar. Semuanya untuk menjadikan dia muslimah yang lebih baik.


Kadang manusia seringkali merasakan bahawa kebahagiaan rumahtangga itu datangnya dari pasangan mereka walhal kebahagiaan yang tetap akan kekal ialah tatkala kita merasa bahagia apabila berjaya menunaikan tanggungjawab selaku isteri, berjaya menjadi hamba Allah yg patuh. Itu sebenarnya erti bahagia. Bukan soal siapa, tapi soalnya bagaimana kita mengendalikannya. - Hana


IMO, novel ni sangat best. Penuh dengan pengisian. Ketuhanan, kemanusiaan dan kehidupan. Cukup rencah. Highly recommended !!!

Ini novel pertama yang saya suka kedua-dua heronya. In fact saya suka 2nd hero lebih sedikit dari hero pertama. Hehe… Selalunya tipikal hero kedua ada je karekter yang kurang menyenangkan or terlalu laid back. Tapi dalam cerita ini peribadi hero kedua lagi baik dari hero pertama.

Hmm jujurnya saya beli novel ni kerana 3 sebab:


a) terpengaruh dengan rating kat goodreads ni (mmg patut pn, mmg best)
b) saya suka novel first Evelyn Rose, TWB
c) kerana nama hero cite ni. Haydar. Nama baby saya Sheikh Haidar, lahir last year gak..huhuhu...pun boleh..n x sangka nama baby Hana, Huri. Sama mksudnye cm nama anak sulung saya, Haura’. Bidadari. :D

Anyway, congrats to Evelyn Rose for this beautifully written masterpiece. Lepas ni haruslah stalk blogspot Evelyn Rose...hehehe


Jia you, ER!