Monday 16 June 2014

If I Leave by Jo Sumi

Dah lama terfikir nk update pasal ni, tapi asyik x de masa nak menulis. Entri kali ni nak share pasal 1 lagu ni yg dh jd kegemaran saya. Alkisahnya, hari tu saya tengok drama korea, Heartstrings.




Kalau nak tahu barisan pelakon & sinopsisnya sila klik SINI. Pastu saya stumble upon satu scene yg sangat memorable. Dalam 15 episod drama ni, ni lah scene yg paling saya ingat & susah nk lupa.

Scene dia camni...

Ki-young (lakonan Lee Hyun-Jin) ni seorang pemuda yg ada bakat dalam teater muzikal. Tapi disebabkan satu tragedi atas pentas, dia jadi cam cuak untuk terlibat dalam mana2 pementasan. Sampailah satu masa kawan dia trick dia untuk datang kolej (padahal nak suh dia g audition 1 teater muzikal). Then apabila dia sedar dia ditipu, dia pun nak blah dari hall audition tu.

Tapi salah sorang tenaga pengajar kolej merangkap juri audition tersebut pujuk dia untuk sertai audition. Pujuk punya pujuk, tapi still x jalan. Mencabar pula. Still Ki -young degil. Akhirnya, rasa defeated, professor tu macam pasrah je Ki young nak angkat kaki dari dewan tu. 

Then masuk la peserta audition seterusnya, Lee Gyu Won (heroin cite ni, dilakonkan oleh Park Shin Hye...saya minat die ni start dari You're Beautiful) and the gang. Dia & kawan2 dia ni pemain alat muzik tradisional. Dah nama pun teater muzikal, mesti r ada band or musician kan?

Dalam masa Ki-young nak blah tu, dia cam berdebat dalam diri dia wether dia ni still trauma lagi tak akibat peristiwa dulu. or maybe dia nak buktikan dia masih ada talent untuk teater muzikal tu. So ni lah yg jadi....

Time Gyu won and the gang main their intruments, tetiba je Ki-young nyanyi. Boleh nampak dari riak muka si heroin, kawan2 n juri2 yg terkejut coz Ki-young bleh terus masuk menyanyi effortless tanpa berlatih dulu sama2.


                                                                    Ni video scene tu...

Lagu ni diberi tajuk If I leave, nyanyian asal oleh Jo Sumi. Ni video oleh penyanyi asal. Meremang juga dengar minah ni nyanyi. Lagu ni jadi OST drama The Last Empress. Saya tak tengok lagi cite ni. X terasa plak nak tengok coz macam sedih je. Kalau cam cite The Princess' Man, x nak la tengok. Sedih & tragik sangat.

By the way, saya suka sangat lagu ni kerana lyric and lagu dia sangat best. Kalau tengah sedih2 dengar lagu ni, memang tagkap leleh la.Ni video yang saya sertakan ni ada english sub skali. Till then..tata!






No comments:

Post a Comment