Tuesday 26 April 2011

Debaran Kian Terasa....

Hari ni genap 37 minggu saya mengandung, bermakna tinggal 21 hari lagi sebelum due date. Tapi mengikut my gynae, Dr. Tan Ay Eeng, bersalin seminggu or 2 minggu awal tu common. Almost 80-90% kes yang dia handle camtu. So juz tinggal dalam 10% yang bersalin pada or after due date.

Zauji plak tiap-tiap hari pujuk baby kat dalam ni supaya keluar pada 1 Mei. National holiday (Labour day) tiap-tiap tahun katanya. Senang,tak payah amik cuti untuk celebrate birthday. Saya? Tak kisah pun baby ni nak keluar bila. Janji selamat melahirkan & baby pun berada dalam keadaan sihat dan sempurna. Lagipun mengikut kata doc, pada minggu ke 36 baby sudah mature dan kalau si ibu dah nak bersalin pun, tak ada masalah bagi bayi kerana sudah sempurna sifatnya.

Before ni, rasa cam excited nak tunggu baby dalam perut ni lahir ke dunia. Tapi bila dah semakin hampir dengan waktu melahirkan ni semacam terbit rasa debar, risau, uncertain dan takut. Excited tu tetap ada, tapi bercampur baur dengan rasa-rasa lain yang disebut tadi.

Mungkin sebab ni pengalaman pertama mengandung dan akan bersalin, tu yang membuatkan saya jadi begini. Yela, tak tau nak expect macam mana time bersalin tu nanti. Sakit tu rasa macam mana? Tahan ke saya dengan sakit tu? Nanti bersalin normal ke caesar? Akan ada complication ke tak? Sempat ke saya berkejar ke hospital? Or adakah saya akan terlepas pandang tanda-tanda nak bersalin?

Fuhh..banyak sebenarnya lagi persoalan yang bermain di fikiran. Tapi saya selalu ingatkan diri yang perempuan dari Zaman Batu lagi dah mengandung dan melahirkan. Dulu lagi la, mana ada ubat-ubatan cam bius or antiseptik macam sekarang. Mungkin mereka ada menggunakan sumber-sumber alam macam herba untuk mengurangkan sakit dan mengelakkan jangkitan pada faraj selepas bersalin, tapi saya rasa dengan penerokaan ilmu & kajian, ubatan-ubatan sekarang mungkin lagi better dari dulu. Bila fikir macam tu, saya rasa confident la sikit.

Soal bersalin normal tau tak & selamat or tak tu semua ketentuanNya. Sekarang apa yang boleh dilakukan ialah berusaha & after that bertawakal. Alhamdulillah saya dah khatam Quran akhir bulan Mac lagi dan sekarang mengamalkan memakan badam,kurma, madu & susu tiap-tiap hari, selain membaca surah-surah yang elok dibaca pada bulan-bulan akhir kehamilan. (klik sini).

Zauji juga tak kurang persiapannya. Pagi tadi dia membacakan surah Yasin pada air Zamzam. Ada dua botol, satu untuk baby & satu lagi untuk saya. Hujung minggu lepas pula dia membeli minyak dan stigma Za'faran. Air Za'faran elok diminum ketika berada di dalam labour room untuk memudahkan kelahiran. Tetapi kalau minum terlalu awal, akan menyebabkan keguguran. Malam ni zauji bercadang nak menulis pada kertas ayat-ayat untuk memudahkan bersalin dan mengeluarkan susu. Kalau perlu, kertas ni nanti akan dilekatkan pada saya bila tiba masanya.

Kami berdua hanya mampu berusaha dan berdoa agar Allah memudahkan segalanya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan sesuatu dan Dia tidak akan mendatangkan ujian pada hambaNya yang tidak mampu menanggungnya. Wallahualam.

Wednesday 20 April 2011

Putera Sulung Kak Long Nisa

Semalam (19 April 2011/15 Jamadil Awal) merupakan hari bersejarah bagi keluarga Sheik Abu Bakar kerana lahirnya seorang bayi lelaki, penyambung generasi. Cucu pertama :D. Kehadirannya amat dinantikan setelah kami melihat sendiri betapa mencabarnya kehamilan 9 bulan dan saat-saat bersalin yang Kak Long alami. Kak Long dinasihatkan doktor supaya menjalani pembedahan C-sec kerana komplikasi ketika saat hendak melahirkan. Namun Alhamdulillah kedua-dua ibu dan bayi selamat.

Memperkenalkan...

Nama : Ahmad Muntazhar Amsyar 
Masa Lahir : 5.29 petang
Berat Ketika dilahirkan : 2.6 Kg


* Pic di atas tak berapa clear kan? Amik guna henset je ni...Nanti InsyaAllah saya upload gambar yg lg jelas...

P/s: dah jadi Mak Ngah Farhana rupanya saya ni (Kalo panggilan dalam family : Umi Farhana... suke!)

Thursday 14 April 2011

How to Quiet a Crying Baby

Hari ni nak buat entri lain sikit daripada yang biasa. Hari ni nak share video plak. Video ni saya tengok kat salah satu entri dalam laman web Kaki Heboh. Saya dan zauji memang minat laman web ni, tiap-tiap hari kitorang click untuk usyar entri terkini. Info yang dipaparkan memang menarik dan unik. Tak rugi tengok (ececeh...mempromote plak..huhu).

Video yang saya nak share ni mengenai cara orang Jepun menenangkan bayi yang sedang menagis. So selamat menonton ye.....


Melihat video di atas, macam berkesan je cara berkumur-kumur untuk meredakan tangisan si kecil. Tapi sejauh mana realitinya, saya tak pasti coz saya tak pernah melihat dengan mata kepala sendiri atau cuba kat mana-mana bayi. Pape pun, macam best kan tengok video ni....

Wednesday 13 April 2011

Amalan Bulan-bulan Terakhir Kehamilan

Seorang ibu harus mengetahui bahawa masa kehamilan adalah period sensitif yang menentukan masa hadapan bayi yang dikandung. Seorang ibu dituntut untuk menjaga bukan sahaja nutrisi si bayi, bahkan mesti menjaga keadaan bayi dari pengaruh psikologi & tekanan jiwa. Ini dapat dilakukan dengan memelihara mental serta spiritual si ibu itu sendiri.

Segala persoalan moral dan spiritual yang dilalui semasa kehamilan seorang ibu, akan beralih kepada janin di dalam kandungannya. Dengan kata lain, sekiranya baik moral dan spiritual si ibu ketika hamil, maka baik jugalah pada si anak setelah ia dilahirkan.

Pada bulan-bulan terakhir kehamilan, semakin banyak yang perlu ibu-ibu mengandung amalkan sebagai persiapan rohani menyambut kedatangan 'our little one'. Amalan-amalan ini selain daripada membantu perkembangan bayi dari segi nutrisi dan spiritual, ia juga moga-moga dengan izin Allah dapat mempermudah proses melahirkan si kecil.



Jadi mari kita lihat amalan-amalan untuk bulan ke lapan dan bulan ke sembilan kehamilan....

Bulan ke Lapan
  • Seeloknya mengambil yogurt manis dan madu
  • Setiap hari Jumaat hendaknya delima manis sebelum sarapan
  • Hari Isnin membaca Surah Yasin
  • Hari Selasa membaca Surah Furqan
  • Hari Rabu membaca Surah Al-Insan
  • Hari Khamis membaca Surah Muhammad
  • Hari Jumaat membaca Surah Ash Shaffat
  • Hari Sabtu baca Surah Al-Qadr 10 kali selepas solat Subuh
  • Hari Minggu baca Surah At-Tin 2 kali selepas solat Subuh

Bulan ke Sembilan
  • Sebaiknya memakan kebab dan kurma (elok ambil makanan yang dibakar/dipanggang)
  • Hendaklah setiap hari mengambil susu serta madu dalam keadaan perut kosong dengan membaca Surah Al-Insan sebelum sarapan
  • Membaca Surah Al Ashr dan Adz Dzariyat semasa melaksanakan solat Zuhur atau Asar
  • Setiap hari Khamis membaca Surah Al Hajj
  • Setiap hari Jumaat membaca surah Al Fathir
  • Berjalan kakilah setiap hari
  • Jangan sering melihat cermin dan foto

Imam Jaafar as-Shadiq pernah berkata, 'Seorang wanita yang meninggal dunia saat melahirkan tidak akan bertanggungjawab terhadap perbuatan-perbuatannya di dunia kerana dia meninggal dengan menderita kesusahan melahirkan anak.'

Rasulullah SAW juga bersabda, 'Berikanlah isterimu beberapa buah kurma segera setelah dia melahirkan anaknya kerana Allah memerintahkan Maryam untuk makan buah kurma pada waktu melahirkan.'


Rujukan :
1. Anakku, Ibu Mencintaimu..., terbitan Pustaka Zahra
2. Doa & Zikir Khusus Wanita, terbitan SynergyMedia

Tuesday 12 April 2011

Fish N Chips @ Manhattan Fish Market

Sungguh lega rasanya bila dah buat entri pertama. Ramai orang kata, nak mulakan sesuatu memang senang, tapi nak mengekalkannya (keep d momentum) tu yang payah. Apa pun, rasa bersyukur sangat dengan lahirnya 'baby' baru saya ni...kena jaga baik-baik ni...huhuhuhu

Kali ni saya nak share pasal mamam @ makan. Hari Khamis lepas (7/4/11), adik saya (Nur Hidayah) ada contact saya, ajak makan kat Manhattan Fish Market (MFM). Ada promotion Fish N Chips katanya. Promosi tu dari 4-8 April 2011 dan setiap hidangan Fish N Chip dicaj hanya RM6.99. Kalau harga biasa RM15.90 - RM29.90, mengikut jenis ikan yang dipilih (Dory or Neil Perch or Cod).

Dah adik saya ajak, saya pun buka la laman web MFM, sekadar untuk memastikan kesahihan cerita adik saya tu. Saje nak cek betul ke tarikh promosi, takut kang bila datang rupa-rupanya dah habis period promosi. Tak ke naya? Dalam laman we tu gak saya baru discover yang MFM ni ade 4 je kat Kuala Lumpur,
  • SOGO
  • Mid Valley Megamall
  • Ampang Park
  • Pavillion
Setelah dapat keizinan dari zauji (hubby), kitorang g yang kat Sogo coz paling dekat. So check these pics out:

                                                                        Fish N Chips

                                                  Oreo Kaboom, Fish N Chips & Citrus Mint


          Adik saya pose before makan :D         Saya pon nk mamam! :P

Ni first time saya makan kat MFM. Fish die memang sodap. Tapi yang mengurangkan bestnye, kat MFM ni tak de sos cili. Dah tanya kat waiter time dia hantar hidangan, dia jawab 'Sorry Miss, kat sini tak de sos cili'. Kitorang berdua agak frust. Adik saya siap bercadang nak amik sos cili kat McD depan MFM ni..huhu... cam pelik makan fries without sos cili. Next time kalau nak datang MFM, kitorang akan ingat nak kena bawa sos cili dari rumah...huhu

Lepas makan, kitorang g level 4 Sogo, saja nak survey Stroller. Before this dah survey kat macam2 tempat such as Manjaku, pasaraya2 cam Carrefour,Giant, etc. Just compare harga. Lagipun plan nak beli after baby dah lahir. Nak try letakkan baby dalam stroller and tengok reaction dia. Certain babies tak betah duduk dalam stroller, so macam rugi kalau beli awal2.

Lepas 30 minit survey kat level 4, kami pun berangkat pulang....

Monday 11 April 2011

Yang Pertama



Assalamualaikum sebagai pembuka bicara....
Selamat datang ke 'rumah' saya.... Jemput2 masuk :D

Nukilan pertama....
Banyak blog sudah saya kunjungi, tapi baru sekarang muncul keinginan untuk memiliki ruangan sendiri. Memasuki period akhir kehamilan, fikiran saya semacam restless dengan berbagai-bagai perkara yang mahu saya lakukan dan perlu lakukan. Jadi diharap dengan penubuhan blog ni dapat membantu saya menenangkan fikiran selain daripada berkongsi ilmu atau pendapat.


Wasalam.