Monday 11 January 2016

Novel Inggeris Terpakai Untuk Dijual

Assalamualaikum & good day,

Saya ada menjual novel Inggeris terpakai. Berikut senarai buku-buku tersebut, harga BELUM termasuk kos postage ye.


CHRISTINE FEEHAN
1)      Dark Prince # 1 – RM 12
2)      Dark Possession # 18 (Hard Cover) – RM 15
3)      Dark Peril # 21 – RM 12
Ambil ke 3,3 novel - FREE POS SM


LISA KLEYPAS
1)      Mine Till Midnight – RM 15
2)      Because You’re Mine – RM 15
3)      Crystal Cove – RM 15
*·         Ambil ke 3,3 novel -  FREE POS SM


MEG CABOT
1)      Jinx – RM 10
2)      Vanished: When Lightning Strikes / Code Name Cassandra (2in1) – RM 15
3)      Every Boy's Got One / Queen of Babble Gets Hitched (2in1) – RM 15
* Ambil ke 3,3 novel -  FREE POS SM


MILLY JOHNSON
1)      A Winter Flame – RM 15
2)      White Wedding – RM 15
*Ambil ke 2,2 novel -  FREE POS SM


CORA HARRISON
1)      I Was Jane Austen’s Best Friend – RM 15
2)      Jane Austen Stole My Boyfriend (Hard Cover) – RM 15
*Ambil ke 2,2 novel -  FREE POS SM

Winter Wonderland  (Belinda Jones)  - RM 12
Once Upon A Blind Date (Wendy Markham) – RM 6
Will You Still Love Me Tomorrow (Claudia Caroll) – RM 6
Baby Be Mine (Paige Toon) – RM 15
The Book Of Tomorrow (Cecilia Ahern) – RM 15























Kalau berminat boleh hubungi saya melalui 
- What's App - 017 2039423


- Email          - luvhaura@gmail.com

Novel Melayu Terpakai Untuk Dijual

Assalamualaikum & good day,

Saya ada menjual novel MELAYU terpakai. Berikut senarai buku-buku tersebut, harga BELUM termasuk kos postage ye.

1)      Hanya Dia…Cinta (Farah Husain) – RM 15
2)      Aku Kan Novelis (Nurul Syahida) –RM 10
3)      Suami Sebelah Rumah (Ana Sofiya) – RM 15 (SOLD)
4)      Cik Cinderella & Encik Tengku (Airisz) – RM 15 (SOLD)
5)      Hijab Sang Pencinta (Ramlee Awang Mursyid) – RM 10
6)      Kerana Terpaksa…Aku Relakan (Umie Nadzimah) – RM 15 (SOLD)
7)      Cinta Kau & Aku (Siti Rosmizah) – RM 12 (SOLD)
8)      Bebunga Kasih (Hani Fazuha) – RM 14 (SOLD)
9)      Harga Sebuah Cinta (Hani Fazuha) – RM12
10)   Ku Usir Lara Ini (Aminah Mokhtar) – RM 6
11)   Di Hatiku Ada Kamu (Rinsya Chasiani) – RM 15
12)   Encik Sayang & Miss Sweetheart (Sara Aisha) – RM 15 (SOLD)
13)   Mencari Cinta (Leeya Mira) – RM 6
14)   M.A.I.D – RM 15
15)   Kampung Girl (Umi Kalsom) – RM 15 (SOLD)







Kalau berminat boleh hubungi saya melalui 

- What's App - 017 2039423



Sunday 16 November 2014

Game Rai Game Rak (Evil Game Love Game)


Ni d latest thai lakorn yg saya tgk. Saya tgk kat youtube je coz kat Viki video2 tak available. Uploder dia upload by part. So I’ve watched a total of 142 videos of 16 episodes drama. Hahahaha…

What a beautiful love story. Masa tengah tgk drama ni, saya restless selagi tak habiskannya. Teringat2 & rasa tak sabar nak tau ending dia camne. Bila dah habis, saya kerinduan. Rindu dgn Saichon & Nang Fah. So, kalau nak tau cite dia camne, let’s check the synopsis below:


Seorang gadis ditemui terhampar di pantai Min Island setelah berlakunya ribut yg dahsyat. Setelah sedar, dia kehilangan ingatan hatta namanya sendiri dia tak tau! Saichon, pemuda gilaan gadis Min Island yg menemui gadis ni kemudiannya memberikannya nama Nang Fah (yg bermaksud Angel). Disebabkan si Nang Fah ni hilang ingatan, setelah sedar dia telah berkelakuan seperti budak2. Sgt inquisitive, nak cuba try explore macam2 benda sampai Saichon jadi lelah/seronok melayan. Yg paling funny dari episode 2 part 5 – 7 (Lakorncrack uploader).


Mereka akhirnya saling jatuh cinta & decide untuk kahwin. Kisah cinta mereka di Min Island ni tersangat la sweet. Hati rasa berbunga2 tengok. Kalau nak merasa juga kemanisan cinta mereka, sila la tengok drama ni. Hahaha…



Tapi rupa2nya kebahagiaan dorang tak lama bila kakak si Nang Fah or nama sebenarnya Fahlada ternampak muka adik dia dalam majalah Marin. Compooprae or Prae kemudiannya mengupah orang untuk ambil adik dia dari Min Island. Mereka dipisahkan dengan cukup tragik sekali. Saichon dibelasah teruk & ditembak, manakala Nang Fah dipukul sehingga tak sedarkan diri.

Prae ni sebenarnya bukannya kakak betul Nang Fah, hanya anak angkat. Dia ambil Nang Fah balik pun sebab nak harta. Prae kemudiannya suh doctor melakukan electroshock kat Nang Fah bila dia asyik meracau2 nak balik Min Island. Sedar2 je Nang Fah dah hilang segala ingatan di Min Island.

3 tahun kemudiannya…Saichon dah jadi Charles, usahawan yg memiliki syarikat penerbanganan antarabangsa. Nak tau apa berlaku disebalik kejayaan Charles sila la tengok drama ni. Takdir menemukannya dengan Nang Fahnya or sekarang dikenali dengan nama Fahlada, Bila dia tahu yang si Fahlada hilang ingatan di Min Island, dia buat macam2 untuk ingatkan Fahlada.



Series of event happened sampai Charles assume yang Nang Fah dah ingat balik cerita di Min Island & berniat untuk melupakan kisah cinta mereka. Dari situ Charles jadi marah & plan macam2 untuk menyakiti Fahlada. Fahlada yg tak tau apa2 jadi mangsa kezaliman Charles and juga kakaknya, Prae.

Barisan pelakon:

Urassaya Sperbund  (Yaya) as Fahlada/Nang Fah




Nadech Kugimiya  (Barry) as Saichon/Charles



Natwara Wongwasana (Mint) as Chompooprae/Prae




Tanawat Wattanaputi(Pope) as Doctor Wattana/P'Mor


My first impression of Nadech is he’s not my type of hero. B4 ni tengok gambar dia je, tak pernah lagi tengok drama dia berlakon. Rasa dia terlalu muda untuk jadi hero & muka dia yg kurus panjang tu tak seperti hero2 lain. Tapi bila dah tengok Game Rai Game Rak ni, sume impression2 awal terbang melayang2 ditiup angin kencang. Terpaksa akui yang dia memang handsome and hebat berlakon. hehehe..

Yaya ni kenal sebab baca novel Melur Jelita. Kak MJ menggambarkan feature Iris (ILUS & MyPI) mcm Yaya. Memang tau dia ni cantik, tapi bila lepas tengok drama ni rasa dia sangat cantik. Every part dalam drama ni yg ada scene Yaya, dalam hati x sudah2 memuji & mengagumi keindahan ciptaan  Allah. Dengan mata dia yg bulat bersinar &her full lips, rasa memang ramai llaki kat luar sana yg angaukan dia.

Wah pnjg lak entri kali ni. Ni kalau tak paksa diri ni memang tak boleh stop menulis ni.Saya sangat, sangat, sangat sukakan drama ni. Saya bagi 5 stars. Enough said. :D

Monday 8 September 2014

Review Buku : The Unsung Hero (HERO) by Melur Jelita

Salam,

Novel ke-4 kak Melur Jelita ni memang ditunggu2. Saya suka novel2 beliau kerana ianya ditulis dari hati. Gaya bahasanya biasa2 aje, kadang2 perkataan berulang2 tapi niatnya untuk mendidik melalui novel sangat2 patut dipuji. Novel2nya selalu bersama pengisian ilmu, mebuatkan kita tak merasa sia2 menghabiskan masa membaca novel yang selalu dianggap bahan picisan.

Saya ada review novel 1st kak MJ, Awak Suka Saya Tak (ASST) & novel ke-2 & ke-3 I Love You, Stupid & My Precious Iris (MyPI). Sila klik tajuk novel untuk baca my review.

Saya beli HERO direct from Kak MJ, so dapat le tandatangan dia :D

THE UNSUNG HERO 



Tun Maryam Keumalahayani a.k.a Maryam a.k.a blackswan

Mempunyai nama yg cukup klasik, seklasik peribadinya. Dia gadis yg bijak, santun bicara & tinggi budi perkertinya. Hidupnya dikongkong oleh bak (ayah) & bunda (mak sedara)nya membuatkan tutur katanya, tingkah laku & pergaulannya terbatas. Dalam diam, jiwa remajanya memberontak inginkan kebebasan, mahu keluar dari kepompong yg dicipta bak & bunda.

Pada usia 15 tahun, dia jatuh hati pada sepupunya, abang One. Maryam berjanji akan menunggu abg One nya itu tatkala si jejaka kembali pergi menyambung pelajaran & mengubat hati. Tapi disebabkan satu peristiwa, perasaan kasih dan memorinya terhadap si deraman hilang sekelip mata.

Setelah 5 tahun, muncul Riyaz. Disebabkan hidupnya sentiasa dikawal ketat, dia senang terpikat bila Riyaz menjanjikan kebebasan hidup & peluang untuk terus menuntut ilmu.

Nur Muhammad Irvan a.k.a Abang One a.k.a deraman

Seorang yg sgt nakal, berjiwa bebas, bijak & berpendirian. Suka menjelajah & melakukan aktiviti sukan lasak. Nasihat yg diberi didengar teliti, buat atau tak buat dia yang tentukan. Dia sukakan sepupunya, Maryam.  Tapi disebabkan satu tragedi menimpa keluarga membuatkan dia nekad membawa diri dan memperbaiki dirinya. Setelah 5 tahun, dia kembali ingin menyunting si dara.tapi langkah sedihnya bila die mendapati hati blackswannya itu telah dimiliki. Akur permintaan si gadis, dia berjanji menyatukan Maryam & Riyaz. Time ni rasa sedih sgt. Baru la dapt rasa camne peminat Aidan(ILUS, MYPI) rasa bila hero yg diminati x dapat bersama dengan heroin.

Inspektor Riyaz

Saya tak suka dia ni. Boleh pulak dia mengusik, phewitt2 Maryam pada awal pertemuan. Gatal mengusik anak dara orang, tak padan dengan pangkat Inspektor. Macam muda belia je (ha..amekaw!gerammmm). Dia ni macam gelojoh pun ada. Malas nak komen watak yg x disukai.Tata Riyaz.

Berbanding novel2 kak MJ sebelum ni, saya rasa HERO lebih padat pengisian ilmunya. Ada ilmu sains, agama, sejarah & tips2 kehidupan. Banyak sangat ilmu yg diterapkan, saya jadi mabuk. Hahaha…next time baca saya akan cuba lebih teliti supaya dapat hadam satu2.Ye la, kita jadi teruja nak tahu apa yang jadi pada watak2 utama, tu bila sampai segmen ilmu baca sekali lalu.Tak skip ye!


Tapi satu yg x bestnye, banyak juga perkataan bercantum dalam HERO ni..contoh cam  bakdia..perkataan sebenar bak dia. 2 perkataan. Hmmm..saya rasa mungkin juga HERO akan disambung. 

Kenapa saya kata akan ada sequel?


  • Sakinah, ibu kandung Maryam, cerita yg bersangkut paut kematiannya mengundang pelik. Mati, tapi kuburan & rumah dihanyut ombak. So tak de sekeping pn dokumen & gambar yang tertinggal & tak pula dipanggil ‘arwah' Sakinah. 



  • Minggu Pameran PDRM Maryam macam ternampak kelibat someone yg dikenali & Irvan mcm cuak. Siapakah dia? Kemungkinan besar Riyaz, coz Maryam x banyak kenalan. N cerita pasal kelibat muncul time tu je. Entah lah. 

Cukup sampai sini review saya. Ni pun dah cukup panjang. Saya tak suka tulis panjang2 macam sesetengah orang yang suka reveal jalan cerita sampai nak habis, sehingga pada hemat saya review nya patut dilabel contain spoil alert!! Saya rasa juz patut perkenalkan watak2 utama, karekter mereka & sedikit jalan cerita. N pandangan peribadi as a reader.

Ok thanks.

Thursday 21 August 2014

Review Buku : Bebunga Kasih

Salam & Konbanwa (good evening in japanese..tetiba feeling nak cakap jepun la plak..huhu),

BEBUNGA KASIH




Ini novel pertama dari Hani Fazuha yg saya baca. Terpengaruh dgn recommendation dr para penggemar novel. Saya stalk dulu blog HF, untuk pastikan saya boleh masuk dgn gaya penulisan dia. OK, boleh masuk.



Sejujurnya, novel ni mbuatkan saya rasa seperti ditumbuk 50x bertalu2. Tak sempat nak tepis dah kena serang lagi di tempat lain. Isu2 yg ditimbulkan dlm novel ni diibaratkan bagai pukulan tu. Belum sempat resolve or reda, dah timbul isu lain. Dari awal sampai akhir cerita tak sudah2 Dya, heroin cerita ni ditimpa masalah.



Saya rasa penat dengan Dya yg asyik emo & cepat melenting. Tapi saya cuba juga mendalami perasaannya. Saya kena selalu ingatkan diri bahawa Dya ni kekurangan kasih sayang, telah dizalimi fizikal & emosi oleh keluarga, serta hatinya terluka akibat perbuatan melampau Zarif di zaman persekolahan mereka.



Berbalik kembali kepada isu2 yg ada dlm novel ni, saya rasa sumenye tak ada closure yg sebenar2nya. Semuanya berakhir dengan kemalangan kenderaan atau pun tragedi. Macam Abg Ari, mati sebelum sempat di bawa ke muka pengadilan, Konflik dgn ayah Dya plak berakhir bila Dya 2x selamatkan ayahnya dr tragedi. N isu bjanji dgn Asyikin pun tak diselesaikan dengan baik kerana Dya kemalangan kereta. Banyak lagi konflik cam dengan En. Nasri, Abg Helmi, etc. Nak include dalam ni, banyak sangat.



Tak ada bicara dari hati ke hati utk selesaikan masalah yg timbul. Zarif dapat tahu perkara sebenar pun setelah diceritakan oleh kawan baik Dya, tak silap 2x dalam novel ni. Naskhah ni bukan tak bagus, cuma perlu penyelesaian yg mantap  oleh penulis.



Would I read her other books? Yes I would. Kerana style penulisan dia ok & saya x nak cepat sangat judge HF.


Friday 15 August 2014

Review buku : Seteguh Fayqa

Salam & good morning,

Rasanya lama dah tak review novel..last time novel 13 Jam A380 by Evelyn Rose...kali ni nak komen 'baby' baru Hanina Abdullah, Seteguh Fayqa..baru je kuar lepas raya...disebabkan saya order direct from her (the writer herself) saya dapat novel dgn tanda tangan sekali...jgn jeles u!






So here goes the review:

Benar la kata readers yg dh habis baca SF, sekali dah start baca SF mmg susah nak stop..semalaman gigih saya menghabiskannya..novel terbaru HA ni mmg tip top habis!

Kalau dlm PMS ade master ji, sidekick & BFF Una, dlm SF ade Dz4 (Dzalia, Dzureen, Dzehan & Dzahim)…


Fayqa Lara Lyana a.k.a Pekah a.k.a Apek a.k.a kak Long a.k.a Lara a.k.a sweetie

Dia ni mmg kuat orangnya..mcm2 problem yg kna die hadapi dr awal cite smpai akhir…kita yg mebaca ni sesak nafas juga membayangkan apa yg Fayqa tanggung…apa yg saya dapat belajar dari novel ni, kalau kita dilanda masalah kita kena bertenang, berfikir & banyak2 berdoa…tak boleh cepat melatah & biarkan diri dikuasai emosi…kalau curious, tanya…kalau ada yg terasa hati, luahkan…good communication & listening sgt2 penting dlm hubungan suami isteri…


Dzariff a.k.a jeneral sengal a.k.a jeneral sweet a.k.a abg long a.k.a double dimple

Awal cite mmg geram dgn mamat ni..sengal sesengalnya! asyik muka ketat, marah2 & mengarah org je tau.. His word is the law..Mmg patut pn digelar jeneral sengal..tp lepas kahwin baru nmpk sensitive & romantic part of him…saya suka! 


Tp serius saya panas hati kat Dzariff ni bile die brush off rayuan si Fayqa utk check log phone call mlm kejadian dgn si Fareez London durjana tu…nak husnuzzon sgt dgn si mushy tu pn beragak la…apa salahya siasat, just utk tahu kebenaran…time ni mmg rsa nk sekeh kepala si sengal ni


Musyrifah Auni a.k.a mushy pushy

Kalau dlm PMS ade sental, dlm SF ade mushy…watak die ni most of the time buat saya rsa geram..tp kalakar pn ade..time die asyik mengendeng & contact Dzariff nonstop tu wat saya nk shoo shoo die jauh2..mmg langau betul,,,gigih die berusaha nk memikat hati si jejaka…tp yg klakarnya bila baca apa yg dlm hati si mushy tu...konon wanita solehah & beriman, tp otak merangka strategi nk caras suami org..pastu asyik mengutuk Fayqa childish,mengada2 tp hakikatnya die yg wat Fayqa jd cmtu…ish cm nk dush dush ni mushy ni…


Mmg best betul novel ni…highly recommended..x rugi beli...I think HA boleh mnta komisyen coz mperkenalkan tmpat2 best kat Malaysia & Hong kong…hehe bleh gitu? Ye la, bkn saje promote tempat2 best dilawati, tapi juga makanan special kt situ…kecur telan air liur mbayangkn skon n asam pedas…sandwich udang galah x pernah mkn, so tak tau nk komen ape…hehe