Friday 16 August 2013

Menjual Novel Inggeris Terpakai Murah

Salam Syawal,

Berikut list novel Inggeris berserta harga... (harga ni dah termasuk pos setem ye)


Family Album - Danielle Steel - RM 12

Lightning - Danielle Steel - RM 12


Toxic Bachelors - Danielle Steel - RM 17


Savannah - Linda Lael Miller - RM 8


Dancing In The Dark- Sandra Marton - RM 8


My Guardian Angel - RM 10  


Sleeping Arrangements - Sophie Kinsella - RM 14 (SOLD)


Will You Still Love Me Tomorrow? - Claudia Carroll - RM 14


Once Upon a Blind Date - Wendy Markham - RM 14







Sesiapa yang berminat sila email me at luvhaura@gmail.com ...

Menjual Novel Melayu Terpakai Dengan Harga Murah

Salam Syawal,

Berikut senarai novel bersama harga (harga ni termasuk delivery by pos setem)...

Doktor Cinta - Dyadila - RM20 (SOLD)
Isteri Separuh Masa - Suri Ryana - RM 16 (SOLD)
Playboy Itu Suami Aku?! - Suri Ryana - RM 18 (SOLD)
The Wedding Breaker - Evelyn Rose - RM 18 
(SOLD)
Untuk Semua Dosaku - Rin Ahmad - RM16 (SOLD)
Suami Aku Ustaz - Hannah Dhaniyah - RM16 (SOLD)
Sekuntum Bunga, Sekeping Kad, Seraut Cinta - Ahadiat Akashah - RM 9 (SOLD)
Hijab Sang Pencinta - Ramlee Awang Murshid - RM 12




           





Sesiapa yang berminat sila email me at luvhaura@gmail.com ...

Monday 10 June 2013

Surat untuk Bakal Menantu - MyPI

Menarik untuk di share. Ni petikan dari novel MyPI oleh Melur Jelita. Surat papa Iris untuk Firman. 

Ke hadapan bakal suami anak aku,

1. Kalau kau sampai rumah aku, jangan kau nak hon sembarangan melainkan kau masuk, tekan loceng & beri salam. Wajib hadap muka aku & nyatakan apa hajat ke mari. 


2. Jangan kau nak bonceng anak aku lagi melainkan aku duduk ditengah² atau anak aku yang bawa motor, aku duduk dibelakangnya. Kau dibelakang sekali. 


3. Kau jangan nak pegang atau cium anak aku, didepan atau dibelakang aku. Kau boleh pandang dia, hanya paras muka sahaja. Jangan mata kau nak merayau lebih². Kalau mata & tangan kau tak boleh jaga, aku boleh tolong jagakan. 


4. Aku rasa kau ni handsome & popular, tentu ramai perempuan tergila²kan kau, aku tak ada hal punya selagi anak aku okey. Tetapi selagi kau couple dengan anak aku, kau jangan berani pandang perempuan lain selagi anak aku belum jemu dengan kau atau dia break off dengan kau. Kalau anak aku menangis, aku akan buat kau menangis. Dengan azab yang amat pedih.


5. Kau tentu nak kenal aku dengan lebih dekat. Biasalah nak sembang pasal ekonomi, politik, sukan atau isu semasa. Aku tak berminat nak dengar. Yang aku minat satu saja. Bila kau nak hantar anak aku balik? Jawapan yang aku nak dengar : Awal!


6. Kau mesti pakai protection bila nak bersama anak aku sebagaimana yang dikempen hebat di media masa. Kalau tak, kau akan kena Aids. Sukacita aku ingatkan disini, akulah protection untuk anak aku & jangan kau berani nak sentuh anak aku selagi belum diakad. Niat pun tak boleh! Kerana aku akan mendatangkan azab yang amat pedih ke atas tubuh kau.


7. Sementara menunggu anak aku bersiap, kau jangan nak mengeluh lambat. Kalau kau nak punctual, kau boleh dating dengan mat komando. Kalau boring menunggu kat luar, sila buat apa yang patut, basuh kereta aku atau cabut rumput. 


8. Tempat² yang dilarang sama sekali kau orang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa² tempat yang boleh duduk² atau baring². Tempat² yang tak ada kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat² yang gelap. Tempat² yang membolehkan kau orang berpegangan tangan, menari atau bersuka ria. Tempat² yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt tak ada lengan, pakai mini skirt atau hot pants. Tempat yang sejuk sampai kau kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, cium² tu elakkan. Movie pasal seksa kubur, azab neraka atau hari kiamat sangat digalakkan.


9. Jangan sekali² menipu anak aku apalagi aku. Aku tau semua pergerakan kau daripada spy² aku. Dia orang tu bekas perisik komando. Kalau aku tanya apa, kau hanya ada 1 peluang saje. Bercakap benar. Tak ada yang tak benar melainkan benar belaka. Kat belakang rumah aku, ada tanah 3 ekar, kalau aku ikat kau kat pokok atau kau hilang dalam hutan tu, tak ada siapa nak tanya. Jangan main² dengan aku.


10. Kau patut takut dengan aku. Lebih baik kalau sangat² takut. Aku nie dok teringat lagi peristiwa Bukit Kepong, jadi kalau orang datang rumah aku, bersembang senyap² di depan rumah, aku mulalah cuak. Nanti aku suruh guard aku tembak sebab aku ingat komunis mana la ni. Nanti dah habis dating, buka pintu kereta, angkat tangan tinggi² dan jerit kuat², ‘saya hantar anak tuan pulang’. Lepas itu terus blah. Jangan nak berlama² dengan anak aku. Jangan harap nak goodnight kiss atau hugs & kisses. Kalau kau ternampak kilauan ditingkap rumah aku, itu ialah teropong senapang sniper aku.


11. Sangat digalakkan dating dalam rumah saja, diruang tamu dengan aku duduk ditengah². Isu yang boleh dibincangkan bebas kecuali isu yang membangkitkan hawa nafsu atau meransang syahwat. Lebih afdal, semasa berbual, kau urut betis aku.


12. Kau kena adakan pemeriksaan kesihatan yang ketat sebab aku nak pastikan kau sihat, kuat & bebas daripada sebarang penyakit. Aku nak kau tiptop untuk anak aku kerana anak aku sangat tiptop.. segala ratu didunia semua TKO dengan anak aku. 


13. Kau jangan jadikan anak aku hamba abdi. Jadikan dia sebagai ratu. Jangan suruh dia memasak atau buat kerja rumah. Itu tanggungjawab kau sebagai seorang suami. Tapi kalau dia nak buat, tak apa.


14. Kau jangan jatuhkan tangan kau ke atas anak aku. Kalau kau ada apa² aduan tak puas hati dengan aku, sila beri laporan. Aku akan ajar anak aku.


15. Kau jangan harap nak madukan anak aku, kenyit mata kat perempuan lain atau simpan perempuan lain. Kalau aku tau, kau buat macam tu, kau boleh ucapkan selamat tinggal kepada dunia. Amaran paling keras, kau jangan buat anak aku menangis sedih. Menangis gembira tak apa.


16. Tertakluk kepada perubahan & mood aku. Bila² masa aku boleh tambah atau ubah isi perjanjian ini.


Jika kau setuju, sila sign & turunkan sepuluh cap jari tangan kau. Jika tak setuju, kira hajat kau, aku tolak. Muktamad. Segala rayuan, surat menyurat, telefon menelefon, emel mengemel, twitter metwitter takkan dilayan.

Sekian, daripada bakal bapak mertua kau yang belum tentu jadi. 



Walaupun syarat2 ni nampak macam merapu, tapi tersiratnya untuk menjaga maruah si anak & mengelak anak dari terpalit dosa. Semua bapa patut kenakan syarat ni untuk menantu mereka. Huhu...



ILUS & MyPI yang sangat best!


Walaupun dah semingu mengkhatamkan I Love You, Stupid! (ILUS) & My Precious Iris (MyPI), tapi demam kat ke2,2 novel ni belum surut. Buat apa, asyik teringat2 je. So apa lagi? Buat entri la plak..haha. Karya kak Melur Jelita (MJ) memang mantopz!

ILUS

Awal cerita mengisahkan hidup seorang Iris dan pertembungan pedas-berapi (fiery-hot encounter?..hehe) antara Iris & Inspektor Ebrahim a.k.a abang pedas. Iris ni gadis yang berlagak diva, perasan hebat & lawa (mmg digambarkan cantik), terlampau berani dan gediks tak hengat! Kadang2 baca sampai tepuk dahi membayangkan keletah si Iris ni. Hidupnya merangkumi kawan2 a.k.a divasnya, family yang terdiri drpd parents & dua org adik perempuan, Aidan as her bf & Inspektor Ebrahim sbg ‘kawan gaduh’ nya.

Ini Iris la, tuan. I don’t give a damn of who you are. You have started a game with the wrong person…and I’ve checkmate you. I’m bad & dangerous. Bye my love…you’re hot!Pedas.” – Iris

Lain kali nak mainkan orang, fikir dulu. Don’t mess around with a guy who never gives a second glance to any no class woman – Ebrahim

Cerita kemudiannya disambung setahun selepas setahun Iris tamat pengajian dan terpanggil untuk menyertai misi kemanusiaan ke Kemboja setelah diajak oleh Dr. Aidan. Akibat risaukan anak, papa Iris mengupah Firman, seorang lelaki Melayu Cham sbg bodyguard & translator Iris. Firman ni jadi kawan gaduh Iris, pantang berjumpa asyik nak bertekak aje.

Penulis membawa kita menghayati penderitaan mangsa perang di  Kemboja & kedaifan+kemiskinan hidup mereka, bagaimana mereka bersusah payah untuk survive di bumi Kemboja. Sangat2 mengharukan+ terkesan! Walaupun mereka  ketinggalan dalam segala aspek (ekonomi, pendidikan, pembangunan,etc) namun mereka tetap berpegang teguh dgn ajaran Islam.

 Anak2 kecil yang matang sebelum usianya digambarkan melalui watak Ahmad, seorang anak penjual tuak dan Hasan, budak lelaki albino yang disisih masyararakat. Novel ini juga memupuk semangat cintakan tanah air dan mengajak kita mencari jatidiri sebagai anak melayu. Penulis juga menyelitkan nasihat2 keagamaan didalam pertengkaran Firman-Iris. Asyik berperang mulut dan badan (Iris je yg asyik mbelasah Firman), rupanya dalam hati masing2 dh saling terpikat.

Sebenarnya, selain menjalani misi kemanusiaan, Iris ke Kemboja untuk mecari dirinya dan kerana ada satu misi lain yang harus disempurnakan. Nak tahu apa misinya dan apa kesudahan cinta Iris-Firman, kena lah baca buku ni. Nanti dah tak saspen pula! Huhu… Baca novel ni memang membuatkan saya lebih bersyukur dan insaf.

Di Kemboja ini…irisku terbuka. Hatiku disentuh…cintaku disemai…bercambah…bertunas dan berbunga.

Tiba- tiba saja rasa sepi dan tidak berpunya itu melenyap…aku ada Allah…dan aku kepunyaan-Nya. – Iris


MyPI

Kesinambungan ILUS, MyPI lebih banyak adengan kelakar tahap gelak tergolek2+semput & romantic tahap ulat beluncas menggedik. Awal-awal cerita dah ketawa sampai bergegar katil mambaca surat papa Iris kepada Firman, 16 syarat untuk bakal menantu. Next entri saya share. Selesai bernikah, Firman menunjukkan sikap romantiknya dengan cara tersendiri dan sederhana. Honeymoon mereka tak mewah tapi memorable& tersangat2 lah sweet. Dapat bayangkan keindahan panorama di sungai Lui dan momen2 cute+ sengal di Kemboja  spt menaiki gajah, main luncur kotak, naik buaian tayar sama2, main bola pakai kain pelekat, etc.

Bunga Irisku,

Yang telah meluluhkan hatiku yg teguh berkubu,
Hati yg liar terpatri kukuh tanpa cinta melulu,
Dalam penuh debar, kurebahkanmu dalam dakapan kasihku.

Iris Nur bunga yang telah berjaya ditakluki Firman Ebrahim.

Terima kasih cinta. Segalanya mengenai Iris, sangat mengindahkan.

Yang benar.
Firman Ebrahim
Singa+ naga = ulat beluncas

Dalam keindahan mereka melayari kemanisan hidup berumahtangga, mereka diuji dengan sikap Iris yang berubah tiba2. Lebih menyesakkan dada bila terjadi satu peristiwa ngeri dan tragik yang menyebabkan salah satu pancaindera Iris diambil Allah. Setiap kali diuji, setiap kali itulah Iris berputus asa dan hampir2 berpaling dariNya. Mujur Firman dan keluarganya ada menitipkan nasihat dan semangat. Memang menahan air mata la bila membayangkan penanggungan Iris dan Firman.

Melalui novel ini, dapat saya rumuskan yang penulis ingin menyampaikan bahawa indahnya berkasih sayang dengan yang halal, menerima pasangan seadanya (khilaf dan keadaannya), kebergantungan kita hanya padaNya & bersabar dan redha dalam menghadapi dugaan.


Dengan hati ikhlas yang sentiasa mengingati Allah, langit runtuh pun aku tak takut!


Monday 20 May 2013

Saya Suka Sangat, Sangat ‘Awak Suka Saya Tak?'




Honestly, 1st time terpandang tajuk novel ni rasa title ini agak keanak2an. Macam budak sekolah tadika or rendah tanya ‘Awak suka saya tak?’ dekat orang yang diminatinya. Tapi bila baca sinopsis buku ni kat goodreads, rasa tertarik pula. Lepas tu cari kat laman web penulisan2u, mana tahu penulis ada upload bab2 awal novel ni. Ada! Sampai bab 45 pulak tu! Terus baca dan sangat2 tertarik nak tahu sambungannya. Apa lagi, terus buka laman web karyaseni & order novel. Yang bestnya semua novel2 di karyaseni diskaun RM3 & free kos pos (sempat lagi promote tuh..hehe).

Saya suka sangat novel ni sampai nak buat entri kat blog. Novel ni mengenai kasih sayang insan-Pencipta dan sesama insan. Muhammad Hilman Yong, seorang Chinese Muslim yang mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan. Intan ni gadis Melayu tipikal cuma terlalu outspoken, ego, degil , kurang sabar dan terburu2 dalam memutuskan sesuatu.

Novel ni mengisahkan cinta antara mereka & bagaimana Hilman mendidik Intan supaya meletakkan cinta kepada Allah sebagai yang utama, menjadi muslimah sejati, lebih tenang, tabah & sabar. Tertarik dengan pendekatan Hilman menasihatkan Intan secara lemah lembut dan kasih sayang.  Tersentuh hati dgn keluhuran & ketulusan cinta mereka.  Cinta yg lahir & bersatu kerana kecintaan mereka kpd ALLAH.

‘Cinta bagi saya…saya mencintai seseorang kalau ia boleh menghampirkan saya kepada Allah. Cinta itu terlalu suci bagi saya. Cinta ialah memelihara dan menjaga kesucian wanita yang saya suka. Saya tidak akan menyentuhnya selagi dia belum sah menjadi isteri saya. Cinta saya ialah membelai dan menyayanginya sepenuh hati. Saya tidak akan menyakitinya, apa lagi melukakan hatinya. Saya akan menjaga dan melindunginya. Saya mahu menjadi pendengarnya yg setia. Saya mahu memandangnya dengan penuh kasih sayang. Dia hanya untuk saya dan saya untuk dia.

Saya mahu bercinta dengan Intan dengan cara beradab, bermaruah dan terpelihara. Kalau cintakan seseorang pasti awak akan jaga maruah dan kesucian dirinya. Awak takkan menyentuh apa lagi merosakkanya. Saya mahu tanya intan sesuatu. Will you marry me?’ – Hilman

Walaupun penulis novel ini, Melur Jelita kata pembaca tak akan jumpa ayat-ayat romantic dalam novel ni, tapi bagi saya kata2 yg penuh kasih sayang tu la yang romantic!

Yang menariknya novel ini juga menyedarkan saya cabaran yang perlu dihadapi saudara baru a.k.a muallaf selepas mereka memeluk Islam. Ada yang dibuang keluarga, ada yang difitnah, dilabel, diejek, dihina dan diungkit masa silam mereka. Padahal mereka dah meninggalkan segala yang dilarang & cara hidup yg lampau. Apabila berhadapan dengan muallaf, orang kita seringkali terus melabel ‘Ni mesti convert sebab nak kahwin dengan orang Islam. Hanya Islam pada nama je la. Nanti esok2 mesti buat balik dosa, takpun teruskan dengan pegangan lama’. Mungkin jarang sekali terlintas di fikiran, ‘Alhamdulillah, Allah telah menyusupkan HidayahNya di hatinya. Semoga dia terus mendalami Islam & kekal beriman dengan Tuhan yang satu’. Betul2 menginsafkan saya.

Sebenarnya banyak lagi saya nak tulis tapi macam dah panjang sangat entri kali ni. So, memang tak rugi beli buku ni. Walaupun tebal, tapi tak membosankan. Malah akan rasa excited nak habiskan pembacaan. Memang highly recommended! Lepas ni saya nak baca karya Melur Jelita yang lain I Love You,Stupid! & My Precious Iris. Baru beli kedua2nya semalam, tak sabar nak baca!

Before tu, jom layan video Awak Suka Saya Tak (ASST) hasil garapan peminat buku ini…


Thursday 25 April 2013

Novel Melayu Terpakai (Update 25/4/13)

Salam..
Ni list novel Melayu yg masih available...harga dah include pos (pos setem)....

Sekuntum Bunga, Sekeping Kad, Seraut Cinta.. - Ahadiat Akashah - RM 9
Suamiku Tak Romantik Tapi Autistik - Farisha Imani - RM 24
(SOLD)


tambahan novel:
Cinta Sufi - Ramlee Awang Murshid - RM12 (SOLD)
Hijab Sang Pencinta - Ramlee Awang Murshid - RM12

Lafazkan Kalimah Cintamu - Siti Rosmizah - RM 20 (SOLD)
7 Hari Mencintaiku - Siti Rosmizah - RM 24 (SOLD)






Sesiapa yang berminat sila email me at luvhaura@gmail.com ...

Friday 29 March 2013

Update Novel Melayu Terpakai Yang Masih Available

Berikut list novel melayu terpakai yang masih ada....harga adalah termasuk pos biasa (setem)...


Satu Janji - Ramlee Awang Mursyid - RM 12 (SOLD)

9 Nyawa -
Ramlee Awang Mursyid - RM 12 
(SOLD)

Dalam Mihrab CintaHabiburrahman El Shirazy - RM 14 (SOLD)

Sekuntum Bunga, Sekeping Kad, Seraut Cinta.. -
Ahadiat Akashah - RM 9


Suamiku Tak Romantik Tapi Autistik -
Farisha Imani - RM 24


Yes, Boss! -
Areila Sahimi - RM12 (SOLD)




Sesiapa yang berminat sila email saya, luvhaura@gmail.com ...

Wednesday 13 March 2013

Lagi Projek Membaca Novel Melayu...huhu

Kalau tengok post terdahulu, aku ada cakap yang diri ini tengah mengidam nak baca novel melayu. Ada disenaraikan list novel yang hendak dibaca dan dalam masa 2 minggu je, sume novel dalam senarai tersebut dah aku khatamkan. Sempat juga membaca disamping menjalankan tugas sebagai housewife & menjaga anak...huhu...

Tak cukup dengan senarai tu, 2 novel ni pun dh aku khatamkan....



Projek Memikat Suami - Hanina Abdullah (done 4/3/13) 5 stars
Kampung Girl - Umi Kalsom (done 9/3/13) 4 stars

And ada 2 lagi novel dalam simpanan yang memanggil2 untuk dibaca. 




7 hari mencintaiku - Siti Rosmizah (done 27/4/13) stars
Suamiku Tak Romantik Tapi Autistik - Farisha Imani (done 18/3/13) stars

Tak tahu bila nak start baca novel2 ni. Semalam baru habiskan Untuk Semua Dosaku (Rin Ahmad). Tapi since then rasa badan cam x sihat. Sepanjang hari ni pun kepala pening. Dah nak bersalin ni memang macam2. Lagipun memang ada family history kena high blood pressure minggu2 terakhir kehamilan..hmmm...

Tuesday 26 February 2013

Doa & Zikir Khusus Wanita


Ni buku yang aku teringin sangat nak promote kat wanita2 di luar sana.

                                                                         (cover baru)

Judul Buku : Doa & Zikir Khusus Wanita 
Penulis : Muhammad Alcaff
Penerbit : Synergy Media

(cover lama)

Synopsis:
Buku doa dan zikir yang khusus kepada anda,kaum wanita yang telah diajar oleh Nabi Muhammad SAW kepada puteri tercinta baginda,Fatimah Az-Zahra r.a. Pelbagai doa dan zikir dalam buku ini yang menjadi pegangan wajib kepada setiap wanita Muslim dalam menjalani kehidupan sehari-hari.
Doa dan zikir di dalam  buku ini diperoleh daripada sumber yang sahih.Panduannya lengkap dan mudah untuk anda ikuti. Buku ini pasti dapat membantu anda dalam setiap keadaan harian serta dalam mencari penyelesaian dalam pelbagai masalah kehidupan di dunia dan akhirat.


Apa yang menariknya buku ni? Ianya mengandungi :

-zikir utk mendtgkan rasa cinta
-Zikir utk menghadapi problem hidup
-Zikir utk memudahkan rezeki
-Zikir cepat dpt jodoh
-zikir utk cepat dpt anak
-zikir utk suami lbh menyayangi isteri, dll

Kiranya buku ni lengkap r untuk dijadikan amalan untuk wanita, x kira r remaja ataupun dewasa. Aku selalu refer buku ni untuk amalan month by month semasa pregnant. Surah apa yang perlu dibaca & makanan yang elok diambil mengikut bulan ada dicatat disini. Selain itu, zikir2 untuk memudahkan bersalin pun ada & dah pn aku n suami amalkan time melahirkan puteri sulung kami dulu.

Ahli2 keluargaku & sahabat handai yang mengetahui betapa mudahnya aku bersalin dan betapa baiknya anakku selalu meminta tips berkenaan dengan tu. Sampaikan gynae aku kat Prince Court pn tanya apa yang aku makan sampai growth baby sangat cemerlang. Time anak aku demam or x sihat aku amalkan juga zikir2 dalam buku ni. Alhamdulillah cepat kebahnya.

Kelebihannya yang utama ialah kerana ia adalah doa2 and zikir2 yang diamalkan dan diajarkan oleh Rasulullah kepada ahli keluarganya. Kita semua tahu bahawa Rasulullah kaya dengan ilmu dan ilmunya datang terus daripada Allah, Tuhan Yang Esa. Jadi InsyaAllah amalan2 ini mudah diterima dan dimakbulkan oleh Allah. Dan boleh la kita mengambil keberkatan dengan mengamalkan  ilmu Rasulullah ini.

Wallahua’lam…

P/S: Sesiapa yang berminat nak memiliki buku ini boleh layari website ini
 http://www.sambooks.com.my/CATEGORY/Agama/SIRI-AMALAN-MUSTAJAB-(6-Judul)/Doa-Zikir-Khusus-Wanita.aspx

Mengidam Novel Melayu!



Assalamualaikum...

La ni dah masuk bulan ke 8 kehamilan (minggu ke 32), dah kurang craving@ngidam nk makan pape.  Tapi sekarang ni ngidam nak baca novel2 melayu la plak. Rasanya dah lama tak beli novel melayu, tu yang bile survey nk beli novel ape cam tercengang2 tengok banyaknye publisher baru yang x kukenali. Ye la dulu kenal Creative Entreprise and Alaf 21 je. Kenal PTS pn sebab abang ipar kerja kat situ.

Kaki Novel, Buku Prima, Jemari Seni, Fajar Pakeer, Karya Seni, NB Kara, FIXI – ni nama publisher yang aku baru discover bile tengah mencari novel  apa yang ingin kubeli. Banyak sungguh pilihan novel baru & penulis yang aku tak kenal.  So survey punye survey, last week aku beli novel  Aku Bukan Billy Milligan (Norhayati Berahim, NB Kara) & M.A.I.D (Suri Ryana, Kaki Novel). Thanks to website ni www.goodreads.com yg sedikit sebanyak tolong aku decide.



Dua2 novel memang best.  Kisah yang menarik and happy ending :D. A keeper! Kalau nak tau synopsis boleh klik kat link kat bawah ni.



Kedua2 novel ni aku habiskan membaca dalam masa 5 hari je. Huhuhu.  Tapi macam tak puas lagi r membaca. So kat bawah ni aku list kan novel  yang aku teringin nak baca and maybe beli nanti.

1.       Cinta Kau & Aku – Siti Rosmizah (done! 2/3/13) 4 stars
2.       Yes, Boss! – Ariela Sahimi (done! 28/2/13) 2 stars
3.       Untuk Semua Dosaku – Rin Ahmad (done! 12/3/13) 4 stars
4.       The Wedding Breaker -  Evelyn Rose (done! 8/3/13) 4 stars
5.       Cik Bunga & Encik Sombong – AIRISZ (done! 6/3/12) 5 stars


Haaa..amik kau! Ntah sempat ke x habis baca sebelum deliver nanti…haha…

Monday 4 February 2013

Novel Inggeris Terpakai untuk dijual


Salam & Good Day,

Saya ingin menjual novel inggeris 2ndhand dengan harga murah…
Berikut list tajuk novel, nama pengarang & harga…harga ni x termasuk postage
Kos pos akan di advise kemudian mengikut kuantiti/berat novel….



The Last Song - Nicholas Sparks - RM 10 (SOLD)

The Gift - Cecilia Ahern - RM 10 (SOLD)

If You Could See Me Now - Cecilia Ahern - RM 10 (SOLD)

A Place Called Here - Cecilia Ahern - RM 10 (SOLD)

Family Album - Danielle Steel - RM 10

Lightning - Danielle Steel - RM 10

Toxic Bachelors - Danielle Steel - RM 15

For One More Day - Mitch Albom - RM 10 (SOLD)

Whisper My Name - Fern Michaels - RM 6

Savannah - Linda Lael Miller - RM 6

Dancing In The Dark- Sandra Marton - RM 6

Dazzled - Catherine Hart - RM 6

The Diamond King- Patricia Potter - RM 6 (SOLD)

A Stockingful of Joy- RM 8

My Guardian Angel - RM 8

Sesiapa yang berminat nak beli boleh email me at luvhaura@gmail.com
Untuk details cam sinopsis novel boleh check kat sini 

Siapa cepat, dia dapat J

Novel Melayu Terpakai untuk dijual


Salam & Good Day,

Saya ingin menjual novel melayu 2ndhand dengan harga murah…
Berikut list tajuk novel, nama pengarang & harga…harga ni x termasuk postage
Kos pos akan di advise kemudian mengikut kuantiti/berat novel….




Bukan Puteri Lindungan Bulan - Liana Afiera Malik  - RM 15 (SOLD)

Tirai Impian - Ma Lee Chuswan - RM 10 (SOLD)

Bila Sena Kembali Berbunga - Amaruszati Noor Rahim - RM 10 (SOLD)

Noktah - Norhayati Berahim - RM 10 (SOLD)

Satu Janji - Ramlee Awang Mursyid - RM 10

Hatiku di Harajuku - Ramlee Awang Mursyid - RM 10 (SOLD)

9 Nyawa - Ramlee Awang Mursyid - RM 10

Segalanya Untukmu - Aleya Aneesa - RM 10 (SOLD)

Dalam Mihrab Cinta - Habiburrahman El Shirazy - RM 12

Snow White '96 - Ahadiat Akashah - RM 6 (SOLD)

Sekuntum Bunga, Sekeping Kad, Seraut Cinta.. - Ahadiat Akashah - RM 7

Sesiapa yang berminat nak beli boleh email me at luvhaura@gmail.com
Siapa cepat, dia dapat J