Tuesday 26 February 2013

Doa & Zikir Khusus Wanita


Ni buku yang aku teringin sangat nak promote kat wanita2 di luar sana.

                                                                         (cover baru)

Judul Buku : Doa & Zikir Khusus Wanita 
Penulis : Muhammad Alcaff
Penerbit : Synergy Media

(cover lama)

Synopsis:
Buku doa dan zikir yang khusus kepada anda,kaum wanita yang telah diajar oleh Nabi Muhammad SAW kepada puteri tercinta baginda,Fatimah Az-Zahra r.a. Pelbagai doa dan zikir dalam buku ini yang menjadi pegangan wajib kepada setiap wanita Muslim dalam menjalani kehidupan sehari-hari.
Doa dan zikir di dalam  buku ini diperoleh daripada sumber yang sahih.Panduannya lengkap dan mudah untuk anda ikuti. Buku ini pasti dapat membantu anda dalam setiap keadaan harian serta dalam mencari penyelesaian dalam pelbagai masalah kehidupan di dunia dan akhirat.


Apa yang menariknya buku ni? Ianya mengandungi :

-zikir utk mendtgkan rasa cinta
-Zikir utk menghadapi problem hidup
-Zikir utk memudahkan rezeki
-Zikir cepat dpt jodoh
-zikir utk cepat dpt anak
-zikir utk suami lbh menyayangi isteri, dll

Kiranya buku ni lengkap r untuk dijadikan amalan untuk wanita, x kira r remaja ataupun dewasa. Aku selalu refer buku ni untuk amalan month by month semasa pregnant. Surah apa yang perlu dibaca & makanan yang elok diambil mengikut bulan ada dicatat disini. Selain itu, zikir2 untuk memudahkan bersalin pun ada & dah pn aku n suami amalkan time melahirkan puteri sulung kami dulu.

Ahli2 keluargaku & sahabat handai yang mengetahui betapa mudahnya aku bersalin dan betapa baiknya anakku selalu meminta tips berkenaan dengan tu. Sampaikan gynae aku kat Prince Court pn tanya apa yang aku makan sampai growth baby sangat cemerlang. Time anak aku demam or x sihat aku amalkan juga zikir2 dalam buku ni. Alhamdulillah cepat kebahnya.

Kelebihannya yang utama ialah kerana ia adalah doa2 and zikir2 yang diamalkan dan diajarkan oleh Rasulullah kepada ahli keluarganya. Kita semua tahu bahawa Rasulullah kaya dengan ilmu dan ilmunya datang terus daripada Allah, Tuhan Yang Esa. Jadi InsyaAllah amalan2 ini mudah diterima dan dimakbulkan oleh Allah. Dan boleh la kita mengambil keberkatan dengan mengamalkan  ilmu Rasulullah ini.

Wallahua’lam…

P/S: Sesiapa yang berminat nak memiliki buku ini boleh layari website ini
 http://www.sambooks.com.my/CATEGORY/Agama/SIRI-AMALAN-MUSTAJAB-(6-Judul)/Doa-Zikir-Khusus-Wanita.aspx

No comments:

Post a Comment