Monday 10 June 2013

Surat untuk Bakal Menantu - MyPI

Menarik untuk di share. Ni petikan dari novel MyPI oleh Melur Jelita. Surat papa Iris untuk Firman. 

Ke hadapan bakal suami anak aku,

1. Kalau kau sampai rumah aku, jangan kau nak hon sembarangan melainkan kau masuk, tekan loceng & beri salam. Wajib hadap muka aku & nyatakan apa hajat ke mari. 


2. Jangan kau nak bonceng anak aku lagi melainkan aku duduk ditengah² atau anak aku yang bawa motor, aku duduk dibelakangnya. Kau dibelakang sekali. 


3. Kau jangan nak pegang atau cium anak aku, didepan atau dibelakang aku. Kau boleh pandang dia, hanya paras muka sahaja. Jangan mata kau nak merayau lebih². Kalau mata & tangan kau tak boleh jaga, aku boleh tolong jagakan. 


4. Aku rasa kau ni handsome & popular, tentu ramai perempuan tergila²kan kau, aku tak ada hal punya selagi anak aku okey. Tetapi selagi kau couple dengan anak aku, kau jangan berani pandang perempuan lain selagi anak aku belum jemu dengan kau atau dia break off dengan kau. Kalau anak aku menangis, aku akan buat kau menangis. Dengan azab yang amat pedih.


5. Kau tentu nak kenal aku dengan lebih dekat. Biasalah nak sembang pasal ekonomi, politik, sukan atau isu semasa. Aku tak berminat nak dengar. Yang aku minat satu saja. Bila kau nak hantar anak aku balik? Jawapan yang aku nak dengar : Awal!


6. Kau mesti pakai protection bila nak bersama anak aku sebagaimana yang dikempen hebat di media masa. Kalau tak, kau akan kena Aids. Sukacita aku ingatkan disini, akulah protection untuk anak aku & jangan kau berani nak sentuh anak aku selagi belum diakad. Niat pun tak boleh! Kerana aku akan mendatangkan azab yang amat pedih ke atas tubuh kau.


7. Sementara menunggu anak aku bersiap, kau jangan nak mengeluh lambat. Kalau kau nak punctual, kau boleh dating dengan mat komando. Kalau boring menunggu kat luar, sila buat apa yang patut, basuh kereta aku atau cabut rumput. 


8. Tempat² yang dilarang sama sekali kau orang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa² tempat yang boleh duduk² atau baring². Tempat² yang tak ada kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat² yang gelap. Tempat² yang membolehkan kau orang berpegangan tangan, menari atau bersuka ria. Tempat² yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt tak ada lengan, pakai mini skirt atau hot pants. Tempat yang sejuk sampai kau kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, cium² tu elakkan. Movie pasal seksa kubur, azab neraka atau hari kiamat sangat digalakkan.


9. Jangan sekali² menipu anak aku apalagi aku. Aku tau semua pergerakan kau daripada spy² aku. Dia orang tu bekas perisik komando. Kalau aku tanya apa, kau hanya ada 1 peluang saje. Bercakap benar. Tak ada yang tak benar melainkan benar belaka. Kat belakang rumah aku, ada tanah 3 ekar, kalau aku ikat kau kat pokok atau kau hilang dalam hutan tu, tak ada siapa nak tanya. Jangan main² dengan aku.


10. Kau patut takut dengan aku. Lebih baik kalau sangat² takut. Aku nie dok teringat lagi peristiwa Bukit Kepong, jadi kalau orang datang rumah aku, bersembang senyap² di depan rumah, aku mulalah cuak. Nanti aku suruh guard aku tembak sebab aku ingat komunis mana la ni. Nanti dah habis dating, buka pintu kereta, angkat tangan tinggi² dan jerit kuat², ‘saya hantar anak tuan pulang’. Lepas itu terus blah. Jangan nak berlama² dengan anak aku. Jangan harap nak goodnight kiss atau hugs & kisses. Kalau kau ternampak kilauan ditingkap rumah aku, itu ialah teropong senapang sniper aku.


11. Sangat digalakkan dating dalam rumah saja, diruang tamu dengan aku duduk ditengah². Isu yang boleh dibincangkan bebas kecuali isu yang membangkitkan hawa nafsu atau meransang syahwat. Lebih afdal, semasa berbual, kau urut betis aku.


12. Kau kena adakan pemeriksaan kesihatan yang ketat sebab aku nak pastikan kau sihat, kuat & bebas daripada sebarang penyakit. Aku nak kau tiptop untuk anak aku kerana anak aku sangat tiptop.. segala ratu didunia semua TKO dengan anak aku. 


13. Kau jangan jadikan anak aku hamba abdi. Jadikan dia sebagai ratu. Jangan suruh dia memasak atau buat kerja rumah. Itu tanggungjawab kau sebagai seorang suami. Tapi kalau dia nak buat, tak apa.


14. Kau jangan jatuhkan tangan kau ke atas anak aku. Kalau kau ada apa² aduan tak puas hati dengan aku, sila beri laporan. Aku akan ajar anak aku.


15. Kau jangan harap nak madukan anak aku, kenyit mata kat perempuan lain atau simpan perempuan lain. Kalau aku tau, kau buat macam tu, kau boleh ucapkan selamat tinggal kepada dunia. Amaran paling keras, kau jangan buat anak aku menangis sedih. Menangis gembira tak apa.


16. Tertakluk kepada perubahan & mood aku. Bila² masa aku boleh tambah atau ubah isi perjanjian ini.


Jika kau setuju, sila sign & turunkan sepuluh cap jari tangan kau. Jika tak setuju, kira hajat kau, aku tolak. Muktamad. Segala rayuan, surat menyurat, telefon menelefon, emel mengemel, twitter metwitter takkan dilayan.

Sekian, daripada bakal bapak mertua kau yang belum tentu jadi. 



Walaupun syarat2 ni nampak macam merapu, tapi tersiratnya untuk menjaga maruah si anak & mengelak anak dari terpalit dosa. Semua bapa patut kenakan syarat ni untuk menantu mereka. Huhu...



ILUS & MyPI yang sangat best!


Walaupun dah semingu mengkhatamkan I Love You, Stupid! (ILUS) & My Precious Iris (MyPI), tapi demam kat ke2,2 novel ni belum surut. Buat apa, asyik teringat2 je. So apa lagi? Buat entri la plak..haha. Karya kak Melur Jelita (MJ) memang mantopz!

ILUS

Awal cerita mengisahkan hidup seorang Iris dan pertembungan pedas-berapi (fiery-hot encounter?..hehe) antara Iris & Inspektor Ebrahim a.k.a abang pedas. Iris ni gadis yang berlagak diva, perasan hebat & lawa (mmg digambarkan cantik), terlampau berani dan gediks tak hengat! Kadang2 baca sampai tepuk dahi membayangkan keletah si Iris ni. Hidupnya merangkumi kawan2 a.k.a divasnya, family yang terdiri drpd parents & dua org adik perempuan, Aidan as her bf & Inspektor Ebrahim sbg ‘kawan gaduh’ nya.

Ini Iris la, tuan. I don’t give a damn of who you are. You have started a game with the wrong person…and I’ve checkmate you. I’m bad & dangerous. Bye my love…you’re hot!Pedas.” – Iris

Lain kali nak mainkan orang, fikir dulu. Don’t mess around with a guy who never gives a second glance to any no class woman – Ebrahim

Cerita kemudiannya disambung setahun selepas setahun Iris tamat pengajian dan terpanggil untuk menyertai misi kemanusiaan ke Kemboja setelah diajak oleh Dr. Aidan. Akibat risaukan anak, papa Iris mengupah Firman, seorang lelaki Melayu Cham sbg bodyguard & translator Iris. Firman ni jadi kawan gaduh Iris, pantang berjumpa asyik nak bertekak aje.

Penulis membawa kita menghayati penderitaan mangsa perang di  Kemboja & kedaifan+kemiskinan hidup mereka, bagaimana mereka bersusah payah untuk survive di bumi Kemboja. Sangat2 mengharukan+ terkesan! Walaupun mereka  ketinggalan dalam segala aspek (ekonomi, pendidikan, pembangunan,etc) namun mereka tetap berpegang teguh dgn ajaran Islam.

 Anak2 kecil yang matang sebelum usianya digambarkan melalui watak Ahmad, seorang anak penjual tuak dan Hasan, budak lelaki albino yang disisih masyararakat. Novel ini juga memupuk semangat cintakan tanah air dan mengajak kita mencari jatidiri sebagai anak melayu. Penulis juga menyelitkan nasihat2 keagamaan didalam pertengkaran Firman-Iris. Asyik berperang mulut dan badan (Iris je yg asyik mbelasah Firman), rupanya dalam hati masing2 dh saling terpikat.

Sebenarnya, selain menjalani misi kemanusiaan, Iris ke Kemboja untuk mecari dirinya dan kerana ada satu misi lain yang harus disempurnakan. Nak tahu apa misinya dan apa kesudahan cinta Iris-Firman, kena lah baca buku ni. Nanti dah tak saspen pula! Huhu… Baca novel ni memang membuatkan saya lebih bersyukur dan insaf.

Di Kemboja ini…irisku terbuka. Hatiku disentuh…cintaku disemai…bercambah…bertunas dan berbunga.

Tiba- tiba saja rasa sepi dan tidak berpunya itu melenyap…aku ada Allah…dan aku kepunyaan-Nya. – Iris


MyPI

Kesinambungan ILUS, MyPI lebih banyak adengan kelakar tahap gelak tergolek2+semput & romantic tahap ulat beluncas menggedik. Awal-awal cerita dah ketawa sampai bergegar katil mambaca surat papa Iris kepada Firman, 16 syarat untuk bakal menantu. Next entri saya share. Selesai bernikah, Firman menunjukkan sikap romantiknya dengan cara tersendiri dan sederhana. Honeymoon mereka tak mewah tapi memorable& tersangat2 lah sweet. Dapat bayangkan keindahan panorama di sungai Lui dan momen2 cute+ sengal di Kemboja  spt menaiki gajah, main luncur kotak, naik buaian tayar sama2, main bola pakai kain pelekat, etc.

Bunga Irisku,

Yang telah meluluhkan hatiku yg teguh berkubu,
Hati yg liar terpatri kukuh tanpa cinta melulu,
Dalam penuh debar, kurebahkanmu dalam dakapan kasihku.

Iris Nur bunga yang telah berjaya ditakluki Firman Ebrahim.

Terima kasih cinta. Segalanya mengenai Iris, sangat mengindahkan.

Yang benar.
Firman Ebrahim
Singa+ naga = ulat beluncas

Dalam keindahan mereka melayari kemanisan hidup berumahtangga, mereka diuji dengan sikap Iris yang berubah tiba2. Lebih menyesakkan dada bila terjadi satu peristiwa ngeri dan tragik yang menyebabkan salah satu pancaindera Iris diambil Allah. Setiap kali diuji, setiap kali itulah Iris berputus asa dan hampir2 berpaling dariNya. Mujur Firman dan keluarganya ada menitipkan nasihat dan semangat. Memang menahan air mata la bila membayangkan penanggungan Iris dan Firman.

Melalui novel ini, dapat saya rumuskan yang penulis ingin menyampaikan bahawa indahnya berkasih sayang dengan yang halal, menerima pasangan seadanya (khilaf dan keadaannya), kebergantungan kita hanya padaNya & bersabar dan redha dalam menghadapi dugaan.


Dengan hati ikhlas yang sentiasa mengingati Allah, langit runtuh pun aku tak takut!