Monday 10 June 2013

Surat untuk Bakal Menantu - MyPI

Menarik untuk di share. Ni petikan dari novel MyPI oleh Melur Jelita. Surat papa Iris untuk Firman. 

Ke hadapan bakal suami anak aku,

1. Kalau kau sampai rumah aku, jangan kau nak hon sembarangan melainkan kau masuk, tekan loceng & beri salam. Wajib hadap muka aku & nyatakan apa hajat ke mari. 


2. Jangan kau nak bonceng anak aku lagi melainkan aku duduk ditengah² atau anak aku yang bawa motor, aku duduk dibelakangnya. Kau dibelakang sekali. 


3. Kau jangan nak pegang atau cium anak aku, didepan atau dibelakang aku. Kau boleh pandang dia, hanya paras muka sahaja. Jangan mata kau nak merayau lebih². Kalau mata & tangan kau tak boleh jaga, aku boleh tolong jagakan. 


4. Aku rasa kau ni handsome & popular, tentu ramai perempuan tergila²kan kau, aku tak ada hal punya selagi anak aku okey. Tetapi selagi kau couple dengan anak aku, kau jangan berani pandang perempuan lain selagi anak aku belum jemu dengan kau atau dia break off dengan kau. Kalau anak aku menangis, aku akan buat kau menangis. Dengan azab yang amat pedih.


5. Kau tentu nak kenal aku dengan lebih dekat. Biasalah nak sembang pasal ekonomi, politik, sukan atau isu semasa. Aku tak berminat nak dengar. Yang aku minat satu saja. Bila kau nak hantar anak aku balik? Jawapan yang aku nak dengar : Awal!


6. Kau mesti pakai protection bila nak bersama anak aku sebagaimana yang dikempen hebat di media masa. Kalau tak, kau akan kena Aids. Sukacita aku ingatkan disini, akulah protection untuk anak aku & jangan kau berani nak sentuh anak aku selagi belum diakad. Niat pun tak boleh! Kerana aku akan mendatangkan azab yang amat pedih ke atas tubuh kau.


7. Sementara menunggu anak aku bersiap, kau jangan nak mengeluh lambat. Kalau kau nak punctual, kau boleh dating dengan mat komando. Kalau boring menunggu kat luar, sila buat apa yang patut, basuh kereta aku atau cabut rumput. 


8. Tempat² yang dilarang sama sekali kau orang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa² tempat yang boleh duduk² atau baring². Tempat² yang tak ada kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat² yang gelap. Tempat² yang membolehkan kau orang berpegangan tangan, menari atau bersuka ria. Tempat² yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt tak ada lengan, pakai mini skirt atau hot pants. Tempat yang sejuk sampai kau kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, cium² tu elakkan. Movie pasal seksa kubur, azab neraka atau hari kiamat sangat digalakkan.


9. Jangan sekali² menipu anak aku apalagi aku. Aku tau semua pergerakan kau daripada spy² aku. Dia orang tu bekas perisik komando. Kalau aku tanya apa, kau hanya ada 1 peluang saje. Bercakap benar. Tak ada yang tak benar melainkan benar belaka. Kat belakang rumah aku, ada tanah 3 ekar, kalau aku ikat kau kat pokok atau kau hilang dalam hutan tu, tak ada siapa nak tanya. Jangan main² dengan aku.


10. Kau patut takut dengan aku. Lebih baik kalau sangat² takut. Aku nie dok teringat lagi peristiwa Bukit Kepong, jadi kalau orang datang rumah aku, bersembang senyap² di depan rumah, aku mulalah cuak. Nanti aku suruh guard aku tembak sebab aku ingat komunis mana la ni. Nanti dah habis dating, buka pintu kereta, angkat tangan tinggi² dan jerit kuat², ‘saya hantar anak tuan pulang’. Lepas itu terus blah. Jangan nak berlama² dengan anak aku. Jangan harap nak goodnight kiss atau hugs & kisses. Kalau kau ternampak kilauan ditingkap rumah aku, itu ialah teropong senapang sniper aku.


11. Sangat digalakkan dating dalam rumah saja, diruang tamu dengan aku duduk ditengah². Isu yang boleh dibincangkan bebas kecuali isu yang membangkitkan hawa nafsu atau meransang syahwat. Lebih afdal, semasa berbual, kau urut betis aku.


12. Kau kena adakan pemeriksaan kesihatan yang ketat sebab aku nak pastikan kau sihat, kuat & bebas daripada sebarang penyakit. Aku nak kau tiptop untuk anak aku kerana anak aku sangat tiptop.. segala ratu didunia semua TKO dengan anak aku. 


13. Kau jangan jadikan anak aku hamba abdi. Jadikan dia sebagai ratu. Jangan suruh dia memasak atau buat kerja rumah. Itu tanggungjawab kau sebagai seorang suami. Tapi kalau dia nak buat, tak apa.


14. Kau jangan jatuhkan tangan kau ke atas anak aku. Kalau kau ada apa² aduan tak puas hati dengan aku, sila beri laporan. Aku akan ajar anak aku.


15. Kau jangan harap nak madukan anak aku, kenyit mata kat perempuan lain atau simpan perempuan lain. Kalau aku tau, kau buat macam tu, kau boleh ucapkan selamat tinggal kepada dunia. Amaran paling keras, kau jangan buat anak aku menangis sedih. Menangis gembira tak apa.


16. Tertakluk kepada perubahan & mood aku. Bila² masa aku boleh tambah atau ubah isi perjanjian ini.


Jika kau setuju, sila sign & turunkan sepuluh cap jari tangan kau. Jika tak setuju, kira hajat kau, aku tolak. Muktamad. Segala rayuan, surat menyurat, telefon menelefon, emel mengemel, twitter metwitter takkan dilayan.

Sekian, daripada bakal bapak mertua kau yang belum tentu jadi. 



Walaupun syarat2 ni nampak macam merapu, tapi tersiratnya untuk menjaga maruah si anak & mengelak anak dari terpalit dosa. Semua bapa patut kenakan syarat ni untuk menantu mereka. Huhu...



No comments:

Post a Comment