Thursday 21 August 2014

Review Buku : Bebunga Kasih

Salam & Konbanwa (good evening in japanese..tetiba feeling nak cakap jepun la plak..huhu),

BEBUNGA KASIH




Ini novel pertama dari Hani Fazuha yg saya baca. Terpengaruh dgn recommendation dr para penggemar novel. Saya stalk dulu blog HF, untuk pastikan saya boleh masuk dgn gaya penulisan dia. OK, boleh masuk.



Sejujurnya, novel ni mbuatkan saya rasa seperti ditumbuk 50x bertalu2. Tak sempat nak tepis dah kena serang lagi di tempat lain. Isu2 yg ditimbulkan dlm novel ni diibaratkan bagai pukulan tu. Belum sempat resolve or reda, dah timbul isu lain. Dari awal sampai akhir cerita tak sudah2 Dya, heroin cerita ni ditimpa masalah.



Saya rasa penat dengan Dya yg asyik emo & cepat melenting. Tapi saya cuba juga mendalami perasaannya. Saya kena selalu ingatkan diri bahawa Dya ni kekurangan kasih sayang, telah dizalimi fizikal & emosi oleh keluarga, serta hatinya terluka akibat perbuatan melampau Zarif di zaman persekolahan mereka.



Berbalik kembali kepada isu2 yg ada dlm novel ni, saya rasa sumenye tak ada closure yg sebenar2nya. Semuanya berakhir dengan kemalangan kenderaan atau pun tragedi. Macam Abg Ari, mati sebelum sempat di bawa ke muka pengadilan, Konflik dgn ayah Dya plak berakhir bila Dya 2x selamatkan ayahnya dr tragedi. N isu bjanji dgn Asyikin pun tak diselesaikan dengan baik kerana Dya kemalangan kereta. Banyak lagi konflik cam dengan En. Nasri, Abg Helmi, etc. Nak include dalam ni, banyak sangat.



Tak ada bicara dari hati ke hati utk selesaikan masalah yg timbul. Zarif dapat tahu perkara sebenar pun setelah diceritakan oleh kawan baik Dya, tak silap 2x dalam novel ni. Naskhah ni bukan tak bagus, cuma perlu penyelesaian yg mantap  oleh penulis.



Would I read her other books? Yes I would. Kerana style penulisan dia ok & saya x nak cepat sangat judge HF.


No comments:

Post a Comment