Tuesday 12 April 2011

Fish N Chips @ Manhattan Fish Market

Sungguh lega rasanya bila dah buat entri pertama. Ramai orang kata, nak mulakan sesuatu memang senang, tapi nak mengekalkannya (keep d momentum) tu yang payah. Apa pun, rasa bersyukur sangat dengan lahirnya 'baby' baru saya ni...kena jaga baik-baik ni...huhuhuhu

Kali ni saya nak share pasal mamam @ makan. Hari Khamis lepas (7/4/11), adik saya (Nur Hidayah) ada contact saya, ajak makan kat Manhattan Fish Market (MFM). Ada promotion Fish N Chips katanya. Promosi tu dari 4-8 April 2011 dan setiap hidangan Fish N Chip dicaj hanya RM6.99. Kalau harga biasa RM15.90 - RM29.90, mengikut jenis ikan yang dipilih (Dory or Neil Perch or Cod).

Dah adik saya ajak, saya pun buka la laman web MFM, sekadar untuk memastikan kesahihan cerita adik saya tu. Saje nak cek betul ke tarikh promosi, takut kang bila datang rupa-rupanya dah habis period promosi. Tak ke naya? Dalam laman we tu gak saya baru discover yang MFM ni ade 4 je kat Kuala Lumpur,
  • SOGO
  • Mid Valley Megamall
  • Ampang Park
  • Pavillion
Setelah dapat keizinan dari zauji (hubby), kitorang g yang kat Sogo coz paling dekat. So check these pics out:

                                                                        Fish N Chips

                                                  Oreo Kaboom, Fish N Chips & Citrus Mint


          Adik saya pose before makan :D         Saya pon nk mamam! :P

Ni first time saya makan kat MFM. Fish die memang sodap. Tapi yang mengurangkan bestnye, kat MFM ni tak de sos cili. Dah tanya kat waiter time dia hantar hidangan, dia jawab 'Sorry Miss, kat sini tak de sos cili'. Kitorang berdua agak frust. Adik saya siap bercadang nak amik sos cili kat McD depan MFM ni..huhu... cam pelik makan fries without sos cili. Next time kalau nak datang MFM, kitorang akan ingat nak kena bawa sos cili dari rumah...huhu

Lepas makan, kitorang g level 4 Sogo, saja nak survey Stroller. Before this dah survey kat macam2 tempat such as Manjaku, pasaraya2 cam Carrefour,Giant, etc. Just compare harga. Lagipun plan nak beli after baby dah lahir. Nak try letakkan baby dalam stroller and tengok reaction dia. Certain babies tak betah duduk dalam stroller, so macam rugi kalau beli awal2.

Lepas 30 minit survey kat level 4, kami pun berangkat pulang....

No comments:

Post a Comment