Tuesday 26 April 2011

Debaran Kian Terasa....

Hari ni genap 37 minggu saya mengandung, bermakna tinggal 21 hari lagi sebelum due date. Tapi mengikut my gynae, Dr. Tan Ay Eeng, bersalin seminggu or 2 minggu awal tu common. Almost 80-90% kes yang dia handle camtu. So juz tinggal dalam 10% yang bersalin pada or after due date.

Zauji plak tiap-tiap hari pujuk baby kat dalam ni supaya keluar pada 1 Mei. National holiday (Labour day) tiap-tiap tahun katanya. Senang,tak payah amik cuti untuk celebrate birthday. Saya? Tak kisah pun baby ni nak keluar bila. Janji selamat melahirkan & baby pun berada dalam keadaan sihat dan sempurna. Lagipun mengikut kata doc, pada minggu ke 36 baby sudah mature dan kalau si ibu dah nak bersalin pun, tak ada masalah bagi bayi kerana sudah sempurna sifatnya.

Before ni, rasa cam excited nak tunggu baby dalam perut ni lahir ke dunia. Tapi bila dah semakin hampir dengan waktu melahirkan ni semacam terbit rasa debar, risau, uncertain dan takut. Excited tu tetap ada, tapi bercampur baur dengan rasa-rasa lain yang disebut tadi.

Mungkin sebab ni pengalaman pertama mengandung dan akan bersalin, tu yang membuatkan saya jadi begini. Yela, tak tau nak expect macam mana time bersalin tu nanti. Sakit tu rasa macam mana? Tahan ke saya dengan sakit tu? Nanti bersalin normal ke caesar? Akan ada complication ke tak? Sempat ke saya berkejar ke hospital? Or adakah saya akan terlepas pandang tanda-tanda nak bersalin?

Fuhh..banyak sebenarnya lagi persoalan yang bermain di fikiran. Tapi saya selalu ingatkan diri yang perempuan dari Zaman Batu lagi dah mengandung dan melahirkan. Dulu lagi la, mana ada ubat-ubatan cam bius or antiseptik macam sekarang. Mungkin mereka ada menggunakan sumber-sumber alam macam herba untuk mengurangkan sakit dan mengelakkan jangkitan pada faraj selepas bersalin, tapi saya rasa dengan penerokaan ilmu & kajian, ubatan-ubatan sekarang mungkin lagi better dari dulu. Bila fikir macam tu, saya rasa confident la sikit.

Soal bersalin normal tau tak & selamat or tak tu semua ketentuanNya. Sekarang apa yang boleh dilakukan ialah berusaha & after that bertawakal. Alhamdulillah saya dah khatam Quran akhir bulan Mac lagi dan sekarang mengamalkan memakan badam,kurma, madu & susu tiap-tiap hari, selain membaca surah-surah yang elok dibaca pada bulan-bulan akhir kehamilan. (klik sini).

Zauji juga tak kurang persiapannya. Pagi tadi dia membacakan surah Yasin pada air Zamzam. Ada dua botol, satu untuk baby & satu lagi untuk saya. Hujung minggu lepas pula dia membeli minyak dan stigma Za'faran. Air Za'faran elok diminum ketika berada di dalam labour room untuk memudahkan kelahiran. Tetapi kalau minum terlalu awal, akan menyebabkan keguguran. Malam ni zauji bercadang nak menulis pada kertas ayat-ayat untuk memudahkan bersalin dan mengeluarkan susu. Kalau perlu, kertas ni nanti akan dilekatkan pada saya bila tiba masanya.

Kami berdua hanya mampu berusaha dan berdoa agar Allah memudahkan segalanya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan sesuatu dan Dia tidak akan mendatangkan ujian pada hambaNya yang tidak mampu menanggungnya. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment