Wednesday 13 April 2011

Amalan Bulan-bulan Terakhir Kehamilan

Seorang ibu harus mengetahui bahawa masa kehamilan adalah period sensitif yang menentukan masa hadapan bayi yang dikandung. Seorang ibu dituntut untuk menjaga bukan sahaja nutrisi si bayi, bahkan mesti menjaga keadaan bayi dari pengaruh psikologi & tekanan jiwa. Ini dapat dilakukan dengan memelihara mental serta spiritual si ibu itu sendiri.

Segala persoalan moral dan spiritual yang dilalui semasa kehamilan seorang ibu, akan beralih kepada janin di dalam kandungannya. Dengan kata lain, sekiranya baik moral dan spiritual si ibu ketika hamil, maka baik jugalah pada si anak setelah ia dilahirkan.

Pada bulan-bulan terakhir kehamilan, semakin banyak yang perlu ibu-ibu mengandung amalkan sebagai persiapan rohani menyambut kedatangan 'our little one'. Amalan-amalan ini selain daripada membantu perkembangan bayi dari segi nutrisi dan spiritual, ia juga moga-moga dengan izin Allah dapat mempermudah proses melahirkan si kecil.



Jadi mari kita lihat amalan-amalan untuk bulan ke lapan dan bulan ke sembilan kehamilan....

Bulan ke Lapan
  • Seeloknya mengambil yogurt manis dan madu
  • Setiap hari Jumaat hendaknya delima manis sebelum sarapan
  • Hari Isnin membaca Surah Yasin
  • Hari Selasa membaca Surah Furqan
  • Hari Rabu membaca Surah Al-Insan
  • Hari Khamis membaca Surah Muhammad
  • Hari Jumaat membaca Surah Ash Shaffat
  • Hari Sabtu baca Surah Al-Qadr 10 kali selepas solat Subuh
  • Hari Minggu baca Surah At-Tin 2 kali selepas solat Subuh

Bulan ke Sembilan
  • Sebaiknya memakan kebab dan kurma (elok ambil makanan yang dibakar/dipanggang)
  • Hendaklah setiap hari mengambil susu serta madu dalam keadaan perut kosong dengan membaca Surah Al-Insan sebelum sarapan
  • Membaca Surah Al Ashr dan Adz Dzariyat semasa melaksanakan solat Zuhur atau Asar
  • Setiap hari Khamis membaca Surah Al Hajj
  • Setiap hari Jumaat membaca surah Al Fathir
  • Berjalan kakilah setiap hari
  • Jangan sering melihat cermin dan foto

Imam Jaafar as-Shadiq pernah berkata, 'Seorang wanita yang meninggal dunia saat melahirkan tidak akan bertanggungjawab terhadap perbuatan-perbuatannya di dunia kerana dia meninggal dengan menderita kesusahan melahirkan anak.'

Rasulullah SAW juga bersabda, 'Berikanlah isterimu beberapa buah kurma segera setelah dia melahirkan anaknya kerana Allah memerintahkan Maryam untuk makan buah kurma pada waktu melahirkan.'


Rujukan :
1. Anakku, Ibu Mencintaimu..., terbitan Pustaka Zahra
2. Doa & Zikir Khusus Wanita, terbitan SynergyMedia

No comments:

Post a Comment